Sunday, May 29, 2011

Forca Barca!! ManU Tertunduk.


Waktu pukul 2.45 pagi (waktu Malaysia) merupakan waktu yang dinanti-nantikan oleh semua peminat bola sepak antarabangsa. Pertembungan antara dua kelab gergasi dunia iaitu Barcelona FC (Juara Liga Sepanyol) & Manchester United (Juara Liga Inggeris) telah pun berakhir pagi tadi. Ramai sanggup xtido malam, berjaga hingga subuh hari dan ternyata penantian ini tidak sia-sia. Perlawanan sengit kali ini cukup menarik & menggegarkan. Dan jeritan GOL! dan sorakan memecahkan hening pagi dimana saja, dirumah mahupun di kedai mamak. Setelah banyak perdebatan dan ramalan sebelum ini, di surat khabar, berita tv, internet, kedai kopi.. ramai menyatakan pasukan MU pasti akan menewaskan Barca terutama dari penyokong fanatik MU sendiri. Manakala peminat kelab EPL lain selain MU rata-rata menyokong penuh pasukan Barca sebagai dendam dan pembalasan. Aku sendiri menyokong Barca pg td walaupun kelab aku Manchester City. Memang sudah menjadi tradisi mereka musuh-bermusuhan dalam liga bola sepak. Itu perkara biasa.

Ternyata pertembungan kali ini membawa padah kepada penyokong MU. Harapan menggunung mereka untuk menjulang Kejuaraan Champion League tahun ini ternyata musnah ditangan Barca. Ternyata player2 terkenal MU seperti Wayne Rooney, Ryan Giggs, Nani, Hernandes, Park Ji-Sung tak mampu melawan asakan gandingan terkemuka Lionel Messi, David Villa, Iniesta, Pedro dan ramai lagi. Messi semenangnya layak dinobatkan sebagai pemain terbaik 'Man Of The Match' kerana beliau begitu lincah, rajin dan kreatif menyusun strategi hingga berjaya mematahkan semangat pemain2 MU dan membuatkan penjaga gol, Van de Sarr pun terpinga-pinga.

Begitulah hebatnya impak perlawanan pagi tadi. Aku sempat on FB lepas match dan aku tengok ramai taruk status dan komen mengenai perlawanan tadi. Rata-rata MU kene kutuk dengan peminat kelab lain manakala fans MU pulak ada yang terasa hati dan bergadoh dalam FB. Tauke aku pun penyokong MU, padan muka dia. Ada sorang akak tu pun emo & terasa hati dengan komen aku dalam FB. Panas hati agaknya. Jangan gadoh2.. Bola tu bulat. Apa2 leh jadi kan?.. Well, It's just a game, ok. Hahaha.. Ok, jumpe lagi next season.
Viva La Barca!! :D

Result : Manchester United (1) – Barcelona (3)

P.A. : Aku fans Manchester City, so dapat gak la menang Piala FA, dari xdapat lansung.. hehe..

No comments:

Post a Comment