Saturday, June 11, 2011

'Super 8' Yang Superb!

Menyebut saja perkataan 'Super' mesti kita ingat cerita ini cerita ala Superhero kan? 8 orang superhero ke? No..no.. Tapi tak semestinya. Maaf, filem Super 8 ini tiada kaitan langsung dengan mana2 superhero. Malah hero2 filem ini adalah sekumpulan budak2 sekolah!. Ya, aku dah tonton dan ternyata filem ini tak mengecewakan. Apa itu Super 8? Ini antara ringkasan cerita yang boleh aku kongsi. Filem ini mengisahkan sekumpulan 5 sahabat budak2 di sebuah penempatan kecil di Lillian, Ohio sekitar tahun 1979. Mereka antaranya adalah Joe (anak sheerif, make-up artist), Charles (si gemuk tuan director), dan Alice (si awek comel pujaan ramai). Mereka sedang sibuk menyiapkan rakaman filem untuk pertunjukan festival sekolahnya nanti. Ketika merakam satu babak lakonan di stesen keretapi, satu kejadian dahsyat giler telah berlaku di depan mata mereka. Keretapi yang melintas laju di situ telah berlanggar dengan sebuah trak yang tiba-tiba muncul di landasan, lalu terbalik, terbabas dan terbaboomm... meletup sana sini. Budak2 tu lari bertempiaran menyelamatkan diri. Dan secara tidak sengaja kamera yang digunakan mereka itu telah merakam kejadian itu.

M
ereka mula menyedari yang kecelakaan yang berlaku itu bukanlah kemalangan tetapi telah dirancang. Setelah kejadian tersebut, beberapa kejadian pelik dan misteri telah berlaku. Beberapa orang hilang, enjin2 dalam kereta hilang, bekalan elektrik terputus dan muncul pula pasukan tentera di kawasan mereka. Jadi budak2 ni dengan beraninya cuba menyiasat apa sebenarnya yang berlaku, sambil merakamkan setiap kejadian dan akhirnya mereka menemui sesuatu yang menakutkan - makhluk asing!. Yeah, a freaking man-eating alien, dammit.. Alien ni besar bagak jalan macam labah2 dan makan manusia. Si awek comel Alice pun kene culik ngan alien tu tapi berjaya diselamatkan oleh Joe. Bagaimana Joe selamatkan Alice? Apa akan jadi dengan alien yang ganas tu? Tengoklah sendiri.. kang spoil plak. kuikui.

Banyak scene yang membuatkan jantung anda terkezut dan rasa cemas. Dengan bunyik letupan semasa pihak tentera berperang dengan alien dan paling awesome mase scene keretapi tu terbalik. Dashat giler macam real, beb. Sakit telinga aku. No wonderla cite ni diklafikasikan 18PL not U. Okaylah, pada yang minat cerita science fiction mcm ni, eloklah pegi tengok. Tak rugi, alamilah sendiri.. Chow~

Well, for ya information, Super 8 itu sebenarnya adalah jenis kamera jenama Kodak yang dipakai oleh budak2 tu. Hehe..
Rating : **** (4 bintang!)

P.A. : suke tengok Alice (adik Dakota Fanning). Cute giler seehh... ;D

Thursday, June 9, 2011

Cerpen Hidup : Gadis Misteri Jelmaan 'E'

Pada Sabtu, 4 Jun yang lepas, aku pulang ke kg halaman di Johor. Tiket bas pukul 6 petang dan naik di Terminal Bandar Tasik Selatan (TBTS). Kalau diikutkan mau aku balik waktu awal2 tp member2 opismate ajak karok plak tengahari, tu pasal balik kg lewat kol 6 ptg. Setibanya aku di TBTS yang serba selesa dan bersih itu (biasela tempat baru), aku pun mencari kedudukan bas aku. Yelah first time naik bas kat sini, kang tersalah bas naya je.. selalu naik kete je balik kg.

Masuk saja dalam bas aku cari tempat duduk aku. Tempat duduk aku single seat agak belakang. Belum sempat aku sampai tempat seat, aku tersempak dengan seorang gadis berambut perang berbaju biru duduk didepan seat aku. Terkedu aku seketika. Perempuan itu mukanya macam aku kenal. Ya, kenall sangatt... Dia mirip 'E'!.. kekasih lama aku!. Tapi aku buat2 tak tahu terus duduk kat seat aku. Sedangkan dalam otakku asyik terfikir siapa perempuan tu sebenarnya. Adakah dia memang 'E' yg ku kenal dulu? Kalo betul, apa dia buat disini? Kenapa dia naik bas ke Kota Tinggi? Bukan kah kampungnya di Perak sana? Arghh.. pelbagai persoalan berlegar difikiranku. Kusut. Aku risau itu dia dan dia buat2 xkenal aku. Tp pada masa yang sama aku memujuk hatiku yang dia hanya pelanduk dua serupa saja. Bas sudah bergerak. Aku tak mahu fikirkan sangat pasal dia dan membuat keputusan berdiam diri saja.

Hari semakin lewat petang, matahari yang hampir terbenam di ufuk Barat menyuluh cahayanya hingga ke dalam bas. Sedang aku mengelamun memandang luar di tingkap bas, tiba-tiba gadis misteri tu datang padaku. "Sori, sy nak tutup kain langsir ni, panas sangat" katanya sambil membuka ikatan kain langsir di atas seat aku. Ketika itu dia betul2 berada di hadapan aku. Begitu hampir!. Face to face. Aku amati diri dia. Aku bagaikan tak percaya. Dia memang serupa dengan 'E'! Dari bentuk badan, ketinggian, gaya rambut, suara semuanya hampir serupa! Damn! Mustahil! Mustahil begitu serupa! Aku berdebar2 dan tak terkata apa2 hanya memandang tepat kearahnya. Tetapi gadis itu terus berlalu dan duduk semula di seatnya. Mulalah hati ku luluh semula ketika itu. Aku terkenangkan saat2 manis aku dengan E. Hampir meleleh air mata jantan aku jadinya pabila mengenangkan kisah lama itu. Terlalu banyak telah aku korbankan untuknya tapi sayangnya hubungan itu tak berpanjangan. Oh Tuhan, apa yang sebenarnya yang Kau mahu tunjukkan? Tidak! Aku tak boleh fikirkan pasal dia lagi. Itu bukan E! Itu hanya orang lain yang mirip dengannya. Dah lama aku buang 'E' dari diari hidup ku. Tak mungkin dia akan kembali kepadaku. Tidak mungkin..

Untuk mencari kepastian, aku nekad untuk bertanya sendiri dengan gadis itu. Bas berhenti berehat selama setengah jam di Machap. Inilah peluangnya aku bertanya pada gadis itu. Ketika di luar bas, dia sedang membelek2 handphone dan aku hampirinya. "Hm, err..hai. boleh tumpang tanya?" soal ku. Gadis itu hanya mengangguk, membisu. "Cik siapa nama? bukan apa, rupa cik serupa betul dengan seseorang yg sy kenal dulu". Dia hanya tersenyum masih membelek handphonenya. "Maaf ya, awak mungkin salah orang.." jawabnya ringkas kemudian berlalu naik semula dalam bas. Aku terkedu dan terkaku dengan respon dingin gadis itu. Aku bukan nak menguratnya pun cuma ingin tahu siapa dia saja. Untuk pastikan dia bukanlah 'E'. Huhu..

Perjalanan diteruskan, suasana dalam bas gelap dan ramai yang tidur. Aku masih termenung di tepi tingkap bas sambil sumbat telingaku melayan lagu. Setibanya di Stesen Bas Kota Tinggi, semua penumpang turun. Gadis itu turun dulu kemudian baru aku. Aku cuba mencari kearah mana dia pergi selepas itu tapi aku hilang jejaknya. Begitu cepat dia menghilangkan diri. Aku asyik memandang sana sini mencari kelibat dirinya tapi tak jumpa. Hinggalah aku ditegur oleh mak aku "Aii, cari apa tu, Long? Semacam je.." terkejut aku. Rupanya mak aku ngan adik aku da tunggu kat situ lama. Diorg dok peratikan aku dari td. "Hehe..xde papelah mak. Jom la kita balik" jawab aku. Dalam kereta, aku terus memandang keluar dengan harapan akan bertemu semula gadis misteri jelmaan 'E' itu. Aku tak sangka berjumpa dia walaupun hanya jelmaannya saja. Ai, kenapa la aku boleh bertemu dia ketika aku sudah lupakannya. Adakah ini satu ujian? Hanya Kau saja yang tahu, Tuhan.. Wallahualam..

Wednesday, June 8, 2011

Review - X-Men : First Class

Da lama aku xupdate blog. Gara2 quota broadband aku da lebih limit so internet slow giler. Huhu..sabo jela. So aku nak review pasal filem yg terlatest aku tgk 2 Jun aritu. Kalo anda peminat filem adiwira dan kipas-susah-mati Xmen, sudah tentu filem ini tak mau anda lepaskan. X-Men : First Class merupakan prequel (kembali balik asal) kepada filem - filem X-men yang sebelum ni. Kirenya sejarah X-Men la. Watak utama kali ini sudah tentu ketua segala mutan - Charles Xavier (Prof X) dan Erik Lehnsherr (Magneto). Mereka berdua mendapat tahu kebolehan masing-masing ketika masih muda. Erik berasal dari Jerman dan keluarga susah. Dia mempunyai kebolehan control besi bagaikan magnet. Ibunya telah dibunuh Sebastian Shaw ketika dia dipaksa tunjukkan kuasa magnetnya. Sejak itu dia bersifat pendendam dan radikal. Charles Xavier pula berasal dari keluarga berada dan melanjutkan pelajaran ke Universiti hingga dapat gelaran Professor. (yaa..dia belum botak mase ni ok..). Dia mempunyai kebolehan masuk dalam minda dan control orang tu. Ketika ini, Charles telah pun berkawan rapat dengan Mystique sejak kecil lagi.

Di suatu adegan, Charles telah menyelamatkan Erik dari mati lemas ketika mengejar Sebastian Shaw. Sejak itu mereka menjadi kawan baik walaupun kedua-duanya mempunyai ideologi yang berbeza. Atas sokongan pihak CIA, mereka mempunyai misi yang sama iaitu memusnahkan niat jahat Sebastian Shaw yang cuba memperlagakan Jerman & Amerika. Dia cuba meletuskan Perang Dunia ke-3 dan membunuh manusia. Bagi menewaskan pakatan Shaw, Prof X dan Magneto mencari mutan2 lain diserata dunia dan dikumpulkan menjadi satu pasukan yang bergelar X-Men (kire first batch la ni..). Mereka ada jumpe and ajak Wolverine join tp kene f*ck pulak, terus xjadi. Hahhaha..


Akhirnya ada 6 yang terbaik mereka dapat - Beast (gorila biru yang bijak tp ganas), Banshee (kuasa hipersound xterbatas), Darwin (boleh kuar insang & sisik), Angel (ada kepak rama2 dibelakang), Havoc (kuasa lontaran aura berpusing) & Mystique (boleh bertukar rupa). Bagaimanapun Darwin mati dibunuh Shaw dan Angel pula berpaling tadah dan memihak pakatan Shaw yang terdiri daripada Emma Frost yang putih seksis (boleh baca fikiran, kulit jadi berlian) & Azazeal (rupa macam setan, boleh hilang2).

Setelah bertarung hebat di sebuah pulau, Shaw mati jua ditangan Erik sebagai pembalasan dendam kesumat. Charles pula tak mahu Erik membunuh tapi apa kan daya, dia terlambat. Topi milik Shaw terus dipakai oleh Erik untuk mengelak Charles membaca fikirannya. Charles jadi cacat xboleh berjalan setelah terkena tembakan ketika menyelamatkan Erik. Akhirnya, mereka terpaksa berpecah dua kumpulan dan Erik meneruskan perjuangan idealoginya untuk menentang manusia dan bergelar Magneto.. Dan episod perjuangan X-Men pun bermula..

Rating : ***** (5stars) mmg terbaekkk dari ladang mutann... ;)

P.A.: buruknya Mystique mase ni tp gedik gak dia ni. Kejap2 berpacaran ngan Prof X, pastu cinta Beast, last-last suke Magneto.. ekeke..

Sunday, May 29, 2011

Teater Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60an


Sudah agak lama aku tak menonton teater di Istana Budaya, paling last pun 2 tahun lepas. Itula asyik tengok movie saja. Sekali sekala kena layan sumthing else plak. Walhal Istana Budaya tu dengan rumah aku amatlah dekat. Namun bile aku terpandang iklan billboard di depan Istana Budaya baru2 ini, aku jadi berminat pula. Teater Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60an. Then aku check kat website dan Facebook. Watak utama cerita ini adalah Ana Raffali & Dafi. Wahh..mcm best. Lagipun aku memang suke dengar lagu 60an. Kalau karaoke mesti ada nyanyi lagu 60an, siap hafal lagi. Irama 60an bukan untuk orang tua saja tau. Sila tukar persepsi itu. Hehe. So, aku pun layanlah teater ini tadi.

Pementasan teater bermula dengan lagu famous Kalau Berpacaran gandingan Latiff Ibrahim & Ana Raffali sebagai pembuka tirai. (FYI, Suhaimi Mior Hassan tarik diri dan diganti dengan Latiff Ibrahim.) Kemudia ceritanya pun bermula. Pada era 60an, Rey (Dafi) dari keluarga miskin, telah dapat melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej di ibu negara. Disitulah dia bertemu dan berkenalan dengan Rose (Ana Raffali), seorang anak Datuk yang manja. Di kolej, Rose yang sering diganggu oleh kumpulan budak nakal yang diketuai Munir. Rey cuba mempertahankan Rose dari terus diganggu walaupun dia sendiri dibuli oleh kumpulan Munir. Selepas kejadian itu, bibit2 cinta pun bermula. Ternyata Rey tidak bertepuk sebelah tangan kerana Rose sendiri amat menyukai dia. Sepanjang perjalanan percintaan mereka banyak lagu2 kenangan 60an yang sedap didendangkan oleh penyanyi2 asal. Antara penyanyi- penyanyi era 60-an yang terlibat adalah seperti penyanyi Datuk Ahmad Jais, A. Halim, A. Rozainie, A. Rahman Onn, Fatimah M Amin, J Sham dan Hussein Ismail. Vokal mereka masih mantap sama macam dulu. That's the best part. Memang menghiburkan.

Namun tak semua yang indah itu kekal selamanya. Ayah ibu Rey menerima Rose sepenuh jiwa tetapi percintaan mereka dilarang pula oleh keluarga Rose atas alasan perbezaan darjat. Babak menjadi sedih apabila keluarga Rey dihina dan dipanggil sebagai sampah oleh pihak keluarga Rose. Manakala Rey dipukul sehingga lembik oleh konco2 Datuk dan Rose dipaksa tinggalkan Rey. Itulah kali terakhir Rey lihat Rose. Setelah kecewa Rey pergi membawa diri tanpa memberi sebarang berita kepada sesiapa. Sepanjang itu, Rose sentiasa sedih dan masih mencari dimana Rey. Azizan sebagai teman baik, mengambil kesempatan menghiburkan dan merawat luka di hati Rose. Ternyata Rose memang memerlukan seorang pengganti yang memahami dirinya. Akhirnya Azizan berjaya memujuk Rose menerimanya sebagai pengganti.

Kembali semula ke era 2011, selepas bertahun-tahun terpisah, akhirnya Rey (Latif Ibrahim) pulang ke KL semula. Hajat asal Rey hanya mahu bertemu dengan kawannya saja tetapi dia tak sangka bertemu Rose kekasih lamanya ada disitu. Di sebalik kegembiraan pertemuan itu terselit berita pahit, Rey tidak menyangka Rose (Saida AF) telah berkahwin dengan kawan baiknya sendiri, Azizan. Sedih giler. Namun dia hanya mampu tersenyum dan merelakannya. Antara ayat yang menyentuh jiwa, ketika Rose bertanya “Rey, siapa isteri Rey sekarang, cantikkah dia?” Rey terdiam dan membalas dengan nada sayu “Tak apalah. Selamat tinggal..” dengan iringan lagu Kenangan Mengusik Jiwa memang tepat pada masanya membuatkan betul2 mengusik jiwa. Perlahan-lahan Rey berjalan meninggalkan Rose dan kawan-kawannya dan hilang dari pandangan. Very sad ending for me.. and The End.. hehe.

Well, so far oklah dan menghiburkan. Dengan iringan muzik pop yeah yeah dan tarian memang sinonim dengan mood zaman itu. Macam tengok konsert pop yeah yeah plak. Kadang2 rasa macam nak je kita naik ke atas pentas berjoget bersama. Pengunaan props yang sering bertukar dan latar belakang memang terbaik. So memang nampak perbezaan antara era 60an dengan era sekarang. Ana telah melakonkan watak Rose dengan baik sekali. Aku puji Ana sebab ini first time aku tgk dia berlakon. Bagus Anna. Bagitu juga Dafi. Pelakon2 lain pun semua bagus. Tapi malang buat Saida sebab asyik tershashul salah panggil nama watak ketika pementasan. Huhu..spoil betul. Tapi xper, janji semuanya enjoy. Thanks to semua tenaga kerja teater muzikal ini. Ingat senang ke nak buat persembahan teater. Aku salute kat korang. Pada mereka yang berminat nak tgk, pi la beli tiket kat IB. Nanti ada teater best2 aku datang lagi.. hehe.. Ok choi~

P.A. : hanya orang berjiwa seni saja tahu menghargai seni..

Forca Barca!! ManU Tertunduk.


Waktu pukul 2.45 pagi (waktu Malaysia) merupakan waktu yang dinanti-nantikan oleh semua peminat bola sepak antarabangsa. Pertembungan antara dua kelab gergasi dunia iaitu Barcelona FC (Juara Liga Sepanyol) & Manchester United (Juara Liga Inggeris) telah pun berakhir pagi tadi. Ramai sanggup xtido malam, berjaga hingga subuh hari dan ternyata penantian ini tidak sia-sia. Perlawanan sengit kali ini cukup menarik & menggegarkan. Dan jeritan GOL! dan sorakan memecahkan hening pagi dimana saja, dirumah mahupun di kedai mamak. Setelah banyak perdebatan dan ramalan sebelum ini, di surat khabar, berita tv, internet, kedai kopi.. ramai menyatakan pasukan MU pasti akan menewaskan Barca terutama dari penyokong fanatik MU sendiri. Manakala peminat kelab EPL lain selain MU rata-rata menyokong penuh pasukan Barca sebagai dendam dan pembalasan. Aku sendiri menyokong Barca pg td walaupun kelab aku Manchester City. Memang sudah menjadi tradisi mereka musuh-bermusuhan dalam liga bola sepak. Itu perkara biasa.

Ternyata pertembungan kali ini membawa padah kepada penyokong MU. Harapan menggunung mereka untuk menjulang Kejuaraan Champion League tahun ini ternyata musnah ditangan Barca. Ternyata player2 terkenal MU seperti Wayne Rooney, Ryan Giggs, Nani, Hernandes, Park Ji-Sung tak mampu melawan asakan gandingan terkemuka Lionel Messi, David Villa, Iniesta, Pedro dan ramai lagi. Messi semenangnya layak dinobatkan sebagai pemain terbaik 'Man Of The Match' kerana beliau begitu lincah, rajin dan kreatif menyusun strategi hingga berjaya mematahkan semangat pemain2 MU dan membuatkan penjaga gol, Van de Sarr pun terpinga-pinga.

Begitulah hebatnya impak perlawanan pagi tadi. Aku sempat on FB lepas match dan aku tengok ramai taruk status dan komen mengenai perlawanan tadi. Rata-rata MU kene kutuk dengan peminat kelab lain manakala fans MU pulak ada yang terasa hati dan bergadoh dalam FB. Tauke aku pun penyokong MU, padan muka dia. Ada sorang akak tu pun emo & terasa hati dengan komen aku dalam FB. Panas hati agaknya. Jangan gadoh2.. Bola tu bulat. Apa2 leh jadi kan?.. Well, It's just a game, ok. Hahaha.. Ok, jumpe lagi next season.
Viva La Barca!! :D

Result : Manchester United (1) – Barcelona (3)

P.A. : Aku fans Manchester City, so dapat gak la menang Piala FA, dari xdapat lansung.. hehe..

Thursday, May 26, 2011

Kurang Senyum Lagi Memikat?

Lelaki kurang senyum, pemalu lebih seksi di mata wanita

VANCOUVER: Jika anda seorang lelaki dan mahu memikat wanita, jangan terlalu banyak tersenyum, sebaliknya lebihkan termenung serta menunjukkan sifat kemalu-maluan. Menurut kajian, wanita menganggap lelaki yang riang kurang daya tarikan seks berbanding lelaki memaparkan sikap berbangga atau membayangkan pernah berbuat salah.

Kajian Persatuan Psikologi Amerika itu - diterbitkan semalam dalam jurnal Emotion - menunjukkan lelaki gemar tersenyum kurang menarik pada pandangan wanita. Profesor yang mengetuai kajian itu, Jessica Tracy, berkata bagi lelaki pula, wanita yang gemar tersenyum lebih menawan.

Bagaimanapun, kata Jessica, kumpulan pengkaji mengakui tidak pasti mengapa lelaki dan wanita memberikan reaksi berbeza terhadap senyuman. “Bagi seorang lelaki, senyuman mungkin menampakkan sifat terlalu kewanitaan atau terdesak mahukan seks,” katanya. Hasil kajian itu juga menghangatkan pandangan bahawa wanita lebih berminat kepada lelaki nakal. Kata Jessica, kajian itu hanya melihat kepada reaksi awal terhadap daya tarikan seksual dan tidak mencadangkan lelaki supaya kurang senyum. “Jika seseorang mahukan hubungan jangka panjang, banyak aspek lain diambil kira. - Reuters

Petikan dari Harian Metro 26 Mei 2011

---------------------------------------------------

Apa pendapat korang tentang ni? First time aku bace ni aku macam nak tergelak then rase terkezut pun ada. Makin tak senyum, makin pompuan suke ke? Pelik.. Setau aku kebanyakan perempuan sekarang suke lelaki periang, pandai menghibur dan bersifat nakal2 sikit. So, maknanya selama ni senyuman yg diberikan oleh lelaki xbermakna la? hahaha.. Macam2.. Well, actually mybe hanya perempuan di Vencouver saja kot bersifat begitu. Tak taulah pula para gadis dan wanita di Malaysia. Tapi tak perlu hairan, sememangnya memang ada orang perempuan suka lelaki jenis pemalu macam ni. Lelaki yang bersifat pendiam dan tak banyak cakap ni, kadang-kadang disukai kerana dianggap sebagai 'COOL' oleh mereka. Tak banyak menimbulkan masalah, good listener dan pandai settle sendiri. Maybe betul juga cuma depends pada orang la. Tapi kalo nak jd pendiam pun janganlah sampai ketahap tak senyum lansung, masam je muka, tu emo namanya. Tak sosial pun susah juga kan? Nanti dianggap kera sumbang. hehe..

Well, artikel berita ini membuat aku terfikir ape nak buat. Sebelum ni aku xlah pendiam / banyak cakap sangat, kadang-kadang ada mase petah gak aku bercakap, kadang-kadang buat lawak ntah apa2 kat kawan-kawan, kadang2 ada masa aku pun jadi pendiam. So, mane satu yang perempuan suka sebenarnya? Mybe lepas ni aku nak try kurangkan senyum pada perempuan dan wat muke ala-ala cool je.. Macam poyo la plak. Ok x? Mane tau ade yang sangkut.. Da sangkut barulah leh senyum puas2. Wahahaha.. Ok, Senyum.. tak perlu kata apa2.. senyum.. :D

P.A. : Waktu pagi adalah waktu yg sukar aku senyum di tempat kerja, ketika artikel ini ditaip pun, aku tidak tersenyum.. mybe aku mengharapkan senyuman dari orang lain. hehe..

Saturday, May 21, 2011

Here Come The Pirates!

Sape yang xkenal Jack Sparrow? err..i mean... Kapten Jack Sparrow.. Buahahaha.. (gelak lanun). Johnny Depp kembali dengan sekuel ke 4 Pirates of Carribean - The Stranger Tides. Well, aku rase tak perlulah aku cerita panjang sinopsis cite lanun ni pasal aku tau ramai dah tengok. Tengok kat pawagam Full and Sold Out aja.. Bersaing pula ngan cite Nur Kaseh. Leh jalanla Tizz Zaqyah walaupun ko comel. haha.. So kalo nak tau gak tentang jalan cite ni eloklah korang tgk rumusan kat blog2 orang yang da tengok tak pun tengok saja kat blog kawan aku ni - chikebumbuzz.blogspot.com (<-- dia ni mmg laju je kalo ade cite2 baru.. chis..). Apa yang aku nak kongsi disini mengenai plot2 yang menjadi tarikan dan kelainan dalam sekuel yang ke4 ini.

1. Tiada lagi watak penyeri Elizabeth Swan. Kini diganti Angelica (ex-gf Jack) yang mantap lg seksih. haha..


2. Karakter mermaid / ikan duyung yang asyikkk sekali. Cun2 seh. Beautiful but deadly dangerous.. tengok boleh, tp jangan pegang2. she can bite.. owww..

3. Percintaan terlarang paderi muda yang innocent dengan Syrena si cantik ikan duyung. Syrena telah ditangkap hanya semata-mata untuk mendapatkan setitik air matanya. (sikit je pun..) Si Paderi muda sanggup mempertahankan si duyung dari diseksa dan di akhir cerita mereka hidup bersama di dalam lautan. Tulusnya cinta suci mereka itu. huhu..


4. Babak cara Kapten Jack melepaskan diri dari ikatan di pokok kelapa. Panjat sampai ke atas dan melompat dari pokok ke pokok. Wow, how he can do it? Nahh.. Of coz, he is Captain Jack Sparrow, dammit. Nothing impossible.. haha.

5. Tiada kapal The Blackpearl dalam filem ini sebab kapal tu telah disumpah oleh Blackbeard dan disimpan dalam botol! Yes, aku ingat 'anu dalam botol' je.. hahaha..

6. Perebutan 3 penjuru antara Kapten Blackbeard, Kapten Barbossa & Kapten Sepanyol ke tempat air Telaga Suci yang dikatakan boleh mengekalkan hayat. Akhirnya tempat itu dimusnahkan oleh Kapten Sepanyol yang menganggap air itu hanya tahyul semata-mata dan menganggap hanya Tuhan saja yang berhak boleh bagi seseorang tu umur panjang. Haha.. at least, he 's right.

7. Akhir sekali Kapten Barbossa merampas kapal Kapten Blackbeard dan jadi lanun balik. Manakala Kapten Jack ingin berlayar semula merentasi samudera tapi dia perlu membebaskan semula The Blackpearl.. and the journey is continue...

Y2N Rating : **** 4 stars for Kapten Jack..


P.A. : Walaupun da kurang lawak, tp karakter Jack Sparrow tetap mencuit hati. ohh sorry, i mean.. 'Kapten Jack Sparrow'. Aii aiiii Kaptennn... :D