Hari ni aku nak berkongsi cerita mengenai pasal Kawan sorang ni. Demi menjaga nama baiknya, aku tak bolehla bgtau siapa dia. Kang tak pasai-pasai ada orang hentam aku. hehe.. Bukan hendak mencampuri hal hidupnya tapi cuma hendak menceritakan apa yang aku rasa. Kawan aku ni aku dah kenal lama. Orangnya baik, simple, boleh bawak bergurau dan ketawa bersama. aishh..pendek kate semuanya ok.
Tapi semuanya nampak berubah sejak desas-desus & gosip mengatakan ada pergolakan dalam rumahtangga beliau. Perubahan itu nampak ketara apabila nampak dia kadang2 strees, emo dan bermasam muka. Agak sukar nak tgk dia senyum. Kalo dia senyum pun aku rase itu senyuman pahit. Mane taknya, diluar nampak ceria je, tp dalam hati siapa tahu dia tgh sedih giler. Tuhan saja yang tahu pergolakan hatinya. Aku ada tau skit-skit, pasal aku ada dengar cerita apa puncanya. Ternyata punca pergolakan itu memeranjatkan aku. Ada orang sengaja menginayanya. Ada orang ketiga yang gila. Ini membuatkan aku rasa sangat Simpati padanya. Hinggakan terdetik dalam hatiku berkata, apakah puncanya. Dan aku terfikir selalu what should i do.. ape yang aku perlu lakukan untuk membantu dia. Biarlah sedikit asalkan dpt membantu. Bukan apa, sebab dia kan Kawan aku.. aku tak boleh melihat Kawan aku menangis kerana disakiti. ohhhh..tidak. Tapi aku tau dia seorang yang tabah dan cekal. Biarlah bertubi-tubi masalah datang melanda.. biarlah ada orang mengutuk mengeji dia.. dia tetap dengan pendiriannya untuk terus bersama dengan pasangan hidupnya itu walaupun perjalanannya pahit. Selalunya kita lihat situasi ni dalam drama tv tapi ini benar2 belaku dlam hidup Kawan aku. Sedih kan? Itulah, disebabkan itu lahir rasa Simpati padanya kerana dia seorang Kawan..
Apa-apa pun, sebagai kenalan lama aku sentiasa mendoakan dia agar dia bahagia, ceria semula seperti yang diharapkan. Selalu lepas sembahyang aku ada doakan dia skali. Semoga semua kemelut yang melanda itu akan berakhir jua dan semoga Tuhan membantu dia menyelesaikannya. Hope orang yang menginaya dia itu akan dapat balasan Tuhan. Semoga dia akan tersenyum semula.. bsabarlah Kawanku.. Allah pasti bersamamu :)
P.A. : doa orang yang terinaya itu lebih cepat dimakbulkan oleh Tuhan.. so beringatlah selalu.