Pada malam 9 Januari 2011 telah pun berlansung sebuah pertandingan anugerah muzik yang ditunggu-tunggu setiap tahun iaitu Anugerah Juara Lagu yang ke 25. Berlansung di Stadium Putra, Bukit Jalil, peminat-peminat muzik tanah air serata negara datang menyaksikan sendiri anugerah berprestij itu. Tahun lalu 2010, AJL24 menjadi milik Aizat dengan lagu Pergi. Namun, siapa pula yang menjuarai AJL 25 kali ini? Sudah tentu ada saja kejutannya.
Tanpa disangka-sangka, ia telah dimenangi oleh pendatang baru industri muzik, si gadis manis- Ana Raffali dengan lagunya Tolong Ingatkan Aku. Sememangnya saya sudah lama mengenali dan meminati Ana Raffali sejak awal pembabitannya dalam seni suara. Dengan berimej gadis melayu berbaju kurung atau kebaya sambil memetik gitar menjadi identiti beliau. Lagu milik sepenuhnya Ana Raffali ini berjaya menewaskan 13 lagu lain yang mana kebanyakannya lagu-lagu yang bertanding berpontensi untuk menang. Antara jangkaan awal, Yuna dan Faizal Tahir diperkatakan akan memenangi AJL kali ini. Namun semua sangkaan itu meleset sama sekali apabila persembahan yang bersungguh-sungguh dari Ana Raffali berjaya menambat hati juri pada malam itu.
Kejayaan ini merupakan detik manis dan bersejarah buat Ana yang masih muda di industri muzik sekaligus melonjakkan namanya di persada seni tanahair. Walaupun banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan kejayaan beliau, namun diharapkan Ana akan terus tabah untuk terus berjaya dalam mengejar cita-cita dan menempa kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang. Syabass..
P.A. : Tahniah Cik Ana Raffali dari saya! :)