Friday, January 21, 2011

Filem Pilihan Januari - FASTER

The Rock is coming back!.. Itulah kata-kata sebahagian peminat The Rock setelah menonton filem ini. Filem FASTER dibintangi oleh Dwayne Johnson (The Rock dalam WWE) yang membawa watak Driver. Driver merupakan seorang bekas banduan yang telah di penjara selama 10 tahun, akhirnya bebas dan dia hanya mempunyai satu sahaja matlamat iaitu membalas dendam untuk abangnya yang mati dalam kejadian rompakan bank.

Jika anda sukakan senyuman dan gaya kening The Rock maka jangan haraplah anda akan dapat melihatnya dalam filem ini. Watak Driver dalam filem ini amatlah berbeza dengan watak filem lakonannya yg sebelum ini. Driver digambarkan seorang berbadan sasa yg sangat serius, sadis, tiada belas kasihan dan tidak akan teragak-agak untuk membunuh. Satu demi satu musuh lamanya dibunuh, ditembak begitu saja. Misinya bertambah rumit setelah dikejari oleh seorang veteran polis yang akan bersara (Cop) dan seorang lagi pembunuh upahan (Killer). Plot cerita ini bertambah misteri dengan kejutan dan penemuan baru butiran-butiran yang berkait rapat dengan pembunuhan abangnya. Ini menyebabkan misinya sedikit terganggu dan tidak dapat disempurnakan sepenuhnya. Namun diakhir cerita ini, Driver berjaya juga membalas dendam pada dalang yang menjadi punca disebalik segala kejadian buruk itu. Siapa dalangnya? Anda kena tontonnya sendiri dan anda pasti terkejut.

Walaupun filem FASTER ini merupakan cerita yang ganas dan kejam namun diselitkan juga unsur-unsur moral dan sikap perikemanusiaan. Cerita ini memberi pengajaran, semakin kita berdendam dan mengejar membalasnya, semakin gelaplah perjalanan hidup kita. Satu saja jalan penyelesaian yang memadam semua dendam kesumat iaitu kemaafan. Tahniah kepada The Rock kerana lakonannya yang mantap dan terbaik dalam filem ini.

P.A. : If You Smeellllll... What The Rock Is.. Cooking...

No comments: