Sudahkah anda menonton filem Tron?. Tron Legacy merupakan sebuah filem kesinambungan dari filem Tron pada tahun 1982. Hero filem ini adalah Sam Flynn iaitu anak kepada Kevin Flynn, yang merupakan CEO serta pemegang saham terbesar ENCOM. ENCOM adalah syarikat pengeluar perisian ‘game’ terbesar ketika itu. Kevin Flynn dilaporkan hilang tanpa dikesan ketika umur Sam 12 tahun. Sebelum kehilangannya, Kevin pernah berjanji dengan Sam yang dia akan kembali. Kata-kata ini membuatkan Sam percaya ayahnya masih hidup lagi dan berusaha menjejakinya. Sam telah ke pusat permainan game kepunyaan ayahnya di sebuah bangunan lama dan telah menemui satu bilik rahsia. Disitu jugalah terjadinya Sam ditarik masuk oleh mesin ke dalam dunia digital Tron.
Di dalam dunia digital Tron, penghuninya disebut sebagai 'program'. Manakala manusia pula digelar 'user'. Setiap program mempunyai satu cakera berlampu yang diletakkan di belakang badan. Cakera ini amat penting kerana ia menjadi identiti, penyimpan data sesuatu program dan juga boleh dijadikan senjata. Mereka berlawan sesama sendiri dengan acara permainan game menggunakan cakera laser itu di gelanggang Grid. Program yang mati akan berkecai menjadi serpihan seperti kaca. Kevin Flynn dipanggil ‘Creator‘ oleh program sebab dialah yang menciptakan dunia digital ini bersama Tron dan Clu. Clu yang tamak telah berpaling tadah, melakukan rampasan kuasa kerana mahu menjadi pemerintah mengatasi Kevin Flynn. Clu terlalu taksub dengan kesempurnaan.
Sam telah diselamatkan dari bahaya di arena permainan Grid oleh seorang program wanita jelita - Quorra. Sam sempat bersua muka dengan Clu,.Sangkaannya itulah bapanya tetapi rupanya bukan walaupun wajah mereka serupa. Ini adalah kerana Clu merupakan klon digital yang dicipta khas Kevin Flynn.
Filem ini berakhir dengan pengorbanan Kevin Flynn untuk membolehkan anaknya Sam dan Quorra kembali ke dunia manusia. Clu yang cuba menghalang Sam telah diserap lalu mati bersama-sama Kevin dan berlakulah letupan besar yang menghancurkan dunia digital Tron. Sam berjaya kembali ke dunia sebenar bersama Quorra yang telah bertukar menjadi manusia. Dia bertekad untuk kembali mengambil syarikat ENCOM dan meneruskan legasi ayahnya.
Bagi saya filem ini memang gempak kerana ia sarat dengan aksi-aksi hebat serta effect CGI yang dashat giler terutama babak perlumbaan motor cahaya (laser bike) yang canggih serta aksi pertarungan cakera. Sut pakaian berlampu dan bercahaya yang dipakai setiap program juga sesuatu yang mengujakan mata apatah lagi kalau dilihat secara 3D. Mungkin ada mengatakan filem ini membosankan namun bagi saya ia antara filem yang terbaik 2010 yang pernah dihasilkan.
P.A. : Suke tgk Quorra.. Cool.. :D