'Couple Is Trouble, Single Is Simple'.. ya, aku terbaca ayat ini semasa sibuk mengusha gamba di Google. Ayat yang ringkas, mcm gedik pun ada tetapi memberi makna yang tersendiri. Menceritakan tentang hubungan cinta yang tidak kesampaian agaknya hingga merasakan sudah bosan dengan cinta. dan merasakan jadi single itu lagi baik.
Apa yang aku nak kongsikan disini adalah kaitan ayat ini dengan diri aku. Setelah aku terbaca ayat ini, aku berfikir sejenak mengenai aku. Aku memang ada sejarah mengenai 'Couple Is Trouble'. Dimana ketika dulu aku bersama dengan E, (nama rahsia mane leh tau..) indahnya hanya sementara. E, gadis KL, orangnya cantik juga, berambut panjang perang, badan yang sedang-sedang. Seorang yang periang dan kadang2 terlalu emosi. Namun setelah lama mengenalinya (hampir 2 tahun), barulah nampak sifat sebenar dirinya. Sepanjang aku bercouple dengannya, aku merasakan diri aku seolah-olah dibebani bagaikan dicengkam tengkukku ini. Aku terpaksa mengikut katanya dan menurut kehendaknya. Hinggakan dia telah meminjam duit aku beratus-ratus ringgit dan sepanjang hidup aku xpernah ada wanita yg buat begini pada aku selain dia. Entahlah.. Mungkin aku ni lelaki yang terlalu jujur, baik sgt, terlalu sayang pada dia atau mungkin juga terlalu bodoh. Pernah juga aku tegur dan cuba memberi nasihat tentang dirinya, namun ia dibalas dengan amarah dan mimik muka penuh kebencian. Sudahlah begitu, ditengking-tengkingnya aku ketika aku tengah memandu kereta. Pernah sekali aku hampir melanggar kereta lain kerana xdpt fokus ketika memandu. Bayangkan, kalau aku ketika itu hilang sabar, dah tentu lain jadinya, entah2 da terbabas ke mana. aku sudah tidak tahan lagi dengan sikapnya, lalu aku memutuskan hubungan dengannya. kita putusss...done! Wlpun pedih tp aku perlu lakukannya. Segala panggilan telefon dan sms darinya juga tidak dilayan lagi. Pernah dia cuba menghubungi aku untuk kembali semula namun begitu aku tekad tak ingin bersama dengannya lagi. Aku tak mahu dikongkong lagi.. arrghhh tidakk... aku mahu bebasss....
Akhirnya, selepas episod perpisahan itu, hidup aku kembali normal seperti dulu. Hidup kembali tenang single hinggalah sekarang. Segala bebanan dan tekanan mengenai cinta telah aku lepaskan. Fikiran kosng melayang entah kemana. Kalau dulu telefonku selalu berdering dan sms xhenti, kini semua kembali senyap. Tenang, senang dan kosong. Ia menjadi satu pengajaran bg aku. Aku tak tahu sampai bila aku terus begini namun aku setuju dengan ayat tadi.. 'single is simple'. Memang simple jadi orang bujang single ni. Pergi kemana saja atau buat apa saja tiada siapa peduli. Tak perlu fikir pasal org lain, teman wanita lagi. Tapi sampai bila kan..orang asyik tanya jugak. Letih nak menjawab. Nanti bila sudah sampai masanya, aku harap aku akan temui cinta yang sejati sperti mana ramai orang mengharapkan. Kalau tak berkesempatan kat dunia ni pun, moga-moga aku temui cinta itu di akhirat kelak. Tak ape lah. wlpn tiada siapa disisi, hidup mesti happy,janji iman ada dihati . InsyaAllah.. :)
P.A. : kadang-kadang tu kita teringat kisah lama.. adatlah tu.. hehe.