Salam. Pagi-pagi lagi aku belum sempat aku masuk pintu opis, aku telah dikejutkan dengan berita sedih dan tergempar. Ibu kepada sahabatku En. Kamarul Azam telah pun meninggal dunia mlm tadi (26 januari). Mmg sebelum ini semua sudah maklum bahawa ibunya pernah kena serangan stroke hingga xboleh bercakap dan berjalan dgn sempurna. Namun setelah mendapat rawatan keadaan itu beransur pulih dari masa ke semasa. Tapi apakan daya, sudah takdir dari Tuhan, Ibunya telah pun menghembuskan nafas yang terakhir. Innalilahiwainailahiroji'un.. Semoga rohnya ditempatkan di golongan orang2 yang beriman dan dicucuri rahmat.. Insyaallah ..
Ini memberi peringatan kepada kita semua bahawa kita manusia tiada siapa akan kekal. Kalau Allah nak tarik nyawa kita, bila-bila saja boleh dan kadang2 ia berlaku diluar jangkaan kita. Tua ke..muda ke..remaja ke..kematian tak mengenal usia. Hati siapa yang tak luntur dan hancur luluh jika kehilangan ibu tercinta. Ibu yang mengandungkan kita 9 bulan dan membesarkan kita dari kecil hingga besar. Ohh betapa sedihnyaa kalau ia berlaku pada kita. Ini membuatkan aku ingin menangis xsanggup membayangkannya. Oleh itu beringatlah selalu kawan2 dan sekiranya ibu bapa kamu masih ada didunia ini, sayangilah sebaiknya dan doakanlah untuk kesejahteraan mereka berdua.
Kepada sahabatku Encik Kamarul Azam.. Janganlah terlalu sedih, tabahkanlah hatimu dan redhalah atas pemergiannya. Takziah di ucapkan dan banyakkan bsabar. Insyaallah .. Al-Fatihah.
P.A. : Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.. Sayangilah dia selagi masih ada.

No comments:
Post a Comment