Sunday, March 4, 2012

Act of Valor - Kuasa Tentera Amerika!


Kalau anda kaki game perang seperti Counter-Strike, Battlefield, COD, ataupun memang peminat tegar cerita bercorak ketenteraan - filem ini patut anda saksikan. Act of Valor mengisahkan perjalanan hidup dan pengorbanan sekumpulan tentera elite Navy SEALs menentang pengganas. Misi pertama mereka telah ditugaskan menyelamatkan seorang wanita agen CIA yang diculik oleh sindiket dadah di Costa Rica. Kumpulan sindiket itu diketuai oleh Cristo yang licik. Selesai misi itu, mereka menemui fakta terbaru yang sindiket itu ada bekerjasama dengan kumpulan pengganas di Asia Timur yang diketuai oleh Abu Syabal (ya, seorang Muslim =,= ).

Kapal Cristo berjaya ditawan dalam satu pertempuran di laut dan dia disoal siasat mengenai perancangan pengganas yang seterusnya. Demi keselamatan keluarganya, Cristo akhirnya akur. Pihak tentera amat terkejut kerana pengganas sedang merancang untuk meletupkan beberapa tempat penting di Amerika. Jika berlaku, kesannya lebih dashat dari peristiwa 11 September. Mereka pengebom berani mati akan meletupkan diri dengan bebuli bom yang tersembunyi dalam jaket. Oleh itu, kumpulan tentera elite tadi dikerah lagi untuk menghentikan rancangan pengganas ini sebelum ia berlaku. Pertempuran akhir berlaku di Somalia, Afrika. Setelah berperang hebat, akhirnya ketua pengganas berjaya ditumbangkan dan rancangan jahat mereka berjaya dipatahkan. Setiap perjuangan pasti ada pengorbanan. Seorang askar elite tersebut terkorban dibom demi menyelamatkan nyawa rakan sepasukannya.

Filem ini hebat dan betul tak rugi ditonton, penuh dengan kata2 semangat. Babak tembak menembak pun real. Filem ini dikatakan sebenarnya didekasikan kepada setiap manusia yang menentang keganasan. Memupuk semangat patriotik terutama untuk warga Amerika (katanya lah..). Hmmm... cuma biasalah kita faham sangat propaganda Amerika ni kan, mesti nak tunjuk kekuatan tenteranya. Diorang je la bagus. Mau jadi hebat dari segi segala-galanya... sigh~ Apa2 pun filem ini tetap layann. *** 3 bintang!

P.A. : suke main game perang2 Counter Strike setiap malam.. dan sekali sekala jd terrorist. hehe =)

2 comments: