Sunday, May 29, 2011

Teater Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60an


Sudah agak lama aku tak menonton teater di Istana Budaya, paling last pun 2 tahun lepas. Itula asyik tengok movie saja. Sekali sekala kena layan sumthing else plak. Walhal Istana Budaya tu dengan rumah aku amatlah dekat. Namun bile aku terpandang iklan billboard di depan Istana Budaya baru2 ini, aku jadi berminat pula. Teater Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60an. Then aku check kat website dan Facebook. Watak utama cerita ini adalah Ana Raffali & Dafi. Wahh..mcm best. Lagipun aku memang suke dengar lagu 60an. Kalau karaoke mesti ada nyanyi lagu 60an, siap hafal lagi. Irama 60an bukan untuk orang tua saja tau. Sila tukar persepsi itu. Hehe. So, aku pun layanlah teater ini tadi.

Pementasan teater bermula dengan lagu famous Kalau Berpacaran gandingan Latiff Ibrahim & Ana Raffali sebagai pembuka tirai. (FYI, Suhaimi Mior Hassan tarik diri dan diganti dengan Latiff Ibrahim.) Kemudia ceritanya pun bermula. Pada era 60an, Rey (Dafi) dari keluarga miskin, telah dapat melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej di ibu negara. Disitulah dia bertemu dan berkenalan dengan Rose (Ana Raffali), seorang anak Datuk yang manja. Di kolej, Rose yang sering diganggu oleh kumpulan budak nakal yang diketuai Munir. Rey cuba mempertahankan Rose dari terus diganggu walaupun dia sendiri dibuli oleh kumpulan Munir. Selepas kejadian itu, bibit2 cinta pun bermula. Ternyata Rey tidak bertepuk sebelah tangan kerana Rose sendiri amat menyukai dia. Sepanjang perjalanan percintaan mereka banyak lagu2 kenangan 60an yang sedap didendangkan oleh penyanyi2 asal. Antara penyanyi- penyanyi era 60-an yang terlibat adalah seperti penyanyi Datuk Ahmad Jais, A. Halim, A. Rozainie, A. Rahman Onn, Fatimah M Amin, J Sham dan Hussein Ismail. Vokal mereka masih mantap sama macam dulu. That's the best part. Memang menghiburkan.

Namun tak semua yang indah itu kekal selamanya. Ayah ibu Rey menerima Rose sepenuh jiwa tetapi percintaan mereka dilarang pula oleh keluarga Rose atas alasan perbezaan darjat. Babak menjadi sedih apabila keluarga Rey dihina dan dipanggil sebagai sampah oleh pihak keluarga Rose. Manakala Rey dipukul sehingga lembik oleh konco2 Datuk dan Rose dipaksa tinggalkan Rey. Itulah kali terakhir Rey lihat Rose. Setelah kecewa Rey pergi membawa diri tanpa memberi sebarang berita kepada sesiapa. Sepanjang itu, Rose sentiasa sedih dan masih mencari dimana Rey. Azizan sebagai teman baik, mengambil kesempatan menghiburkan dan merawat luka di hati Rose. Ternyata Rose memang memerlukan seorang pengganti yang memahami dirinya. Akhirnya Azizan berjaya memujuk Rose menerimanya sebagai pengganti.

Kembali semula ke era 2011, selepas bertahun-tahun terpisah, akhirnya Rey (Latif Ibrahim) pulang ke KL semula. Hajat asal Rey hanya mahu bertemu dengan kawannya saja tetapi dia tak sangka bertemu Rose kekasih lamanya ada disitu. Di sebalik kegembiraan pertemuan itu terselit berita pahit, Rey tidak menyangka Rose (Saida AF) telah berkahwin dengan kawan baiknya sendiri, Azizan. Sedih giler. Namun dia hanya mampu tersenyum dan merelakannya. Antara ayat yang menyentuh jiwa, ketika Rose bertanya “Rey, siapa isteri Rey sekarang, cantikkah dia?” Rey terdiam dan membalas dengan nada sayu “Tak apalah. Selamat tinggal..” dengan iringan lagu Kenangan Mengusik Jiwa memang tepat pada masanya membuatkan betul2 mengusik jiwa. Perlahan-lahan Rey berjalan meninggalkan Rose dan kawan-kawannya dan hilang dari pandangan. Very sad ending for me.. and The End.. hehe.

Well, so far oklah dan menghiburkan. Dengan iringan muzik pop yeah yeah dan tarian memang sinonim dengan mood zaman itu. Macam tengok konsert pop yeah yeah plak. Kadang2 rasa macam nak je kita naik ke atas pentas berjoget bersama. Pengunaan props yang sering bertukar dan latar belakang memang terbaik. So memang nampak perbezaan antara era 60an dengan era sekarang. Ana telah melakonkan watak Rose dengan baik sekali. Aku puji Ana sebab ini first time aku tgk dia berlakon. Bagus Anna. Bagitu juga Dafi. Pelakon2 lain pun semua bagus. Tapi malang buat Saida sebab asyik tershashul salah panggil nama watak ketika pementasan. Huhu..spoil betul. Tapi xper, janji semuanya enjoy. Thanks to semua tenaga kerja teater muzikal ini. Ingat senang ke nak buat persembahan teater. Aku salute kat korang. Pada mereka yang berminat nak tgk, pi la beli tiket kat IB. Nanti ada teater best2 aku datang lagi.. hehe.. Ok choi~

P.A. : hanya orang berjiwa seni saja tahu menghargai seni..

Forca Barca!! ManU Tertunduk.


Waktu pukul 2.45 pagi (waktu Malaysia) merupakan waktu yang dinanti-nantikan oleh semua peminat bola sepak antarabangsa. Pertembungan antara dua kelab gergasi dunia iaitu Barcelona FC (Juara Liga Sepanyol) & Manchester United (Juara Liga Inggeris) telah pun berakhir pagi tadi. Ramai sanggup xtido malam, berjaga hingga subuh hari dan ternyata penantian ini tidak sia-sia. Perlawanan sengit kali ini cukup menarik & menggegarkan. Dan jeritan GOL! dan sorakan memecahkan hening pagi dimana saja, dirumah mahupun di kedai mamak. Setelah banyak perdebatan dan ramalan sebelum ini, di surat khabar, berita tv, internet, kedai kopi.. ramai menyatakan pasukan MU pasti akan menewaskan Barca terutama dari penyokong fanatik MU sendiri. Manakala peminat kelab EPL lain selain MU rata-rata menyokong penuh pasukan Barca sebagai dendam dan pembalasan. Aku sendiri menyokong Barca pg td walaupun kelab aku Manchester City. Memang sudah menjadi tradisi mereka musuh-bermusuhan dalam liga bola sepak. Itu perkara biasa.

Ternyata pertembungan kali ini membawa padah kepada penyokong MU. Harapan menggunung mereka untuk menjulang Kejuaraan Champion League tahun ini ternyata musnah ditangan Barca. Ternyata player2 terkenal MU seperti Wayne Rooney, Ryan Giggs, Nani, Hernandes, Park Ji-Sung tak mampu melawan asakan gandingan terkemuka Lionel Messi, David Villa, Iniesta, Pedro dan ramai lagi. Messi semenangnya layak dinobatkan sebagai pemain terbaik 'Man Of The Match' kerana beliau begitu lincah, rajin dan kreatif menyusun strategi hingga berjaya mematahkan semangat pemain2 MU dan membuatkan penjaga gol, Van de Sarr pun terpinga-pinga.

Begitulah hebatnya impak perlawanan pagi tadi. Aku sempat on FB lepas match dan aku tengok ramai taruk status dan komen mengenai perlawanan tadi. Rata-rata MU kene kutuk dengan peminat kelab lain manakala fans MU pulak ada yang terasa hati dan bergadoh dalam FB. Tauke aku pun penyokong MU, padan muka dia. Ada sorang akak tu pun emo & terasa hati dengan komen aku dalam FB. Panas hati agaknya. Jangan gadoh2.. Bola tu bulat. Apa2 leh jadi kan?.. Well, It's just a game, ok. Hahaha.. Ok, jumpe lagi next season.
Viva La Barca!! :D

Result : Manchester United (1) – Barcelona (3)

P.A. : Aku fans Manchester City, so dapat gak la menang Piala FA, dari xdapat lansung.. hehe..

Thursday, May 26, 2011

Kurang Senyum Lagi Memikat?

Lelaki kurang senyum, pemalu lebih seksi di mata wanita

VANCOUVER: Jika anda seorang lelaki dan mahu memikat wanita, jangan terlalu banyak tersenyum, sebaliknya lebihkan termenung serta menunjukkan sifat kemalu-maluan. Menurut kajian, wanita menganggap lelaki yang riang kurang daya tarikan seks berbanding lelaki memaparkan sikap berbangga atau membayangkan pernah berbuat salah.

Kajian Persatuan Psikologi Amerika itu - diterbitkan semalam dalam jurnal Emotion - menunjukkan lelaki gemar tersenyum kurang menarik pada pandangan wanita. Profesor yang mengetuai kajian itu, Jessica Tracy, berkata bagi lelaki pula, wanita yang gemar tersenyum lebih menawan.

Bagaimanapun, kata Jessica, kumpulan pengkaji mengakui tidak pasti mengapa lelaki dan wanita memberikan reaksi berbeza terhadap senyuman. “Bagi seorang lelaki, senyuman mungkin menampakkan sifat terlalu kewanitaan atau terdesak mahukan seks,” katanya. Hasil kajian itu juga menghangatkan pandangan bahawa wanita lebih berminat kepada lelaki nakal. Kata Jessica, kajian itu hanya melihat kepada reaksi awal terhadap daya tarikan seksual dan tidak mencadangkan lelaki supaya kurang senyum. “Jika seseorang mahukan hubungan jangka panjang, banyak aspek lain diambil kira. - Reuters

Petikan dari Harian Metro 26 Mei 2011

---------------------------------------------------

Apa pendapat korang tentang ni? First time aku bace ni aku macam nak tergelak then rase terkezut pun ada. Makin tak senyum, makin pompuan suke ke? Pelik.. Setau aku kebanyakan perempuan sekarang suke lelaki periang, pandai menghibur dan bersifat nakal2 sikit. So, maknanya selama ni senyuman yg diberikan oleh lelaki xbermakna la? hahaha.. Macam2.. Well, actually mybe hanya perempuan di Vencouver saja kot bersifat begitu. Tak taulah pula para gadis dan wanita di Malaysia. Tapi tak perlu hairan, sememangnya memang ada orang perempuan suka lelaki jenis pemalu macam ni. Lelaki yang bersifat pendiam dan tak banyak cakap ni, kadang-kadang disukai kerana dianggap sebagai 'COOL' oleh mereka. Tak banyak menimbulkan masalah, good listener dan pandai settle sendiri. Maybe betul juga cuma depends pada orang la. Tapi kalo nak jd pendiam pun janganlah sampai ketahap tak senyum lansung, masam je muka, tu emo namanya. Tak sosial pun susah juga kan? Nanti dianggap kera sumbang. hehe..

Well, artikel berita ini membuat aku terfikir ape nak buat. Sebelum ni aku xlah pendiam / banyak cakap sangat, kadang-kadang ada mase petah gak aku bercakap, kadang-kadang buat lawak ntah apa2 kat kawan-kawan, kadang2 ada masa aku pun jadi pendiam. So, mane satu yang perempuan suka sebenarnya? Mybe lepas ni aku nak try kurangkan senyum pada perempuan dan wat muke ala-ala cool je.. Macam poyo la plak. Ok x? Mane tau ade yang sangkut.. Da sangkut barulah leh senyum puas2. Wahahaha.. Ok, Senyum.. tak perlu kata apa2.. senyum.. :D

P.A. : Waktu pagi adalah waktu yg sukar aku senyum di tempat kerja, ketika artikel ini ditaip pun, aku tidak tersenyum.. mybe aku mengharapkan senyuman dari orang lain. hehe..

Saturday, May 21, 2011

Here Come The Pirates!

Sape yang xkenal Jack Sparrow? err..i mean... Kapten Jack Sparrow.. Buahahaha.. (gelak lanun). Johnny Depp kembali dengan sekuel ke 4 Pirates of Carribean - The Stranger Tides. Well, aku rase tak perlulah aku cerita panjang sinopsis cite lanun ni pasal aku tau ramai dah tengok. Tengok kat pawagam Full and Sold Out aja.. Bersaing pula ngan cite Nur Kaseh. Leh jalanla Tizz Zaqyah walaupun ko comel. haha.. So kalo nak tau gak tentang jalan cite ni eloklah korang tgk rumusan kat blog2 orang yang da tengok tak pun tengok saja kat blog kawan aku ni - chikebumbuzz.blogspot.com (<-- dia ni mmg laju je kalo ade cite2 baru.. chis..). Apa yang aku nak kongsi disini mengenai plot2 yang menjadi tarikan dan kelainan dalam sekuel yang ke4 ini.

1. Tiada lagi watak penyeri Elizabeth Swan. Kini diganti Angelica (ex-gf Jack) yang mantap lg seksih. haha..


2. Karakter mermaid / ikan duyung yang asyikkk sekali. Cun2 seh. Beautiful but deadly dangerous.. tengok boleh, tp jangan pegang2. she can bite.. owww..

3. Percintaan terlarang paderi muda yang innocent dengan Syrena si cantik ikan duyung. Syrena telah ditangkap hanya semata-mata untuk mendapatkan setitik air matanya. (sikit je pun..) Si Paderi muda sanggup mempertahankan si duyung dari diseksa dan di akhir cerita mereka hidup bersama di dalam lautan. Tulusnya cinta suci mereka itu. huhu..


4. Babak cara Kapten Jack melepaskan diri dari ikatan di pokok kelapa. Panjat sampai ke atas dan melompat dari pokok ke pokok. Wow, how he can do it? Nahh.. Of coz, he is Captain Jack Sparrow, dammit. Nothing impossible.. haha.

5. Tiada kapal The Blackpearl dalam filem ini sebab kapal tu telah disumpah oleh Blackbeard dan disimpan dalam botol! Yes, aku ingat 'anu dalam botol' je.. hahaha..

6. Perebutan 3 penjuru antara Kapten Blackbeard, Kapten Barbossa & Kapten Sepanyol ke tempat air Telaga Suci yang dikatakan boleh mengekalkan hayat. Akhirnya tempat itu dimusnahkan oleh Kapten Sepanyol yang menganggap air itu hanya tahyul semata-mata dan menganggap hanya Tuhan saja yang berhak boleh bagi seseorang tu umur panjang. Haha.. at least, he 's right.

7. Akhir sekali Kapten Barbossa merampas kapal Kapten Blackbeard dan jadi lanun balik. Manakala Kapten Jack ingin berlayar semula merentasi samudera tapi dia perlu membebaskan semula The Blackpearl.. and the journey is continue...

Y2N Rating : **** 4 stars for Kapten Jack..


P.A. : Walaupun da kurang lawak, tp karakter Jack Sparrow tetap mencuit hati. ohh sorry, i mean.. 'Kapten Jack Sparrow'. Aii aiiii Kaptennn... :D

Friday, May 20, 2011

Jom Berbasikal di Taman Botani Negara

17 Mei hari tu merupakan hari cuti Wesak. So, dari borink dok rumah, makan tido membesarkan perut saja, baik aku kuar beriadah kuarkan peluh. Kebetulan kawan aku si Sharmi menge'tag' aku di FB mengenai aktiviti berbasikal di Taman Botani Negara, Shah Alam. Memang aku suke la. Dah lama xbawak basikal ni. Kami bertolak jam 7 pagi dan tiba di Taman Botani itu jam 8.30 pg. Disana aku berkenalan dengan kawan2 Sharmi - Suzie, Ina & Apan. Setelah sesi berkenalan & breakfast, kami pergi mendapatkan basikal sewa. Memang ramai orang mase tu menunggu giliran mendapatkan basikal tapi alhamdulillah.. rupanya Sharmi da booking awal2 so tak payah la beratur panjang. Sharmi orang Tourism Malaysia so senang je la nak dapat khidmat macam ni, tak payah tunggu lama-lama.

Setelah mendapat basikal pilihan masing2, kami pun berkayuhla sepanjang jalan dalam Taman itu. Suasana pagi hutan dalam Taman itu sungguh menenangkan. Dah lama aku tak rasa sebegini. Itu la asyik duduk bandar je mengadap dinding bangunan. Haha.. So, macam biasala. Sambil berkayuh tu sibuk je bergamba sana-sini. Masing-masing dengan perangainya. Kawan2 Sharmi tu memang sempoi lebih-lebih lg si Suzie tu. Asyik bercakap je. Haha.. Dalam sibuk kitorang tengah berkayuh tu, satu kejadian telah berlaku. Sorang biker Uncle Cina jatuh tercampak dari basikal betul2 kat belakang kami. Habis berdarah kepala Uncle tu. Kitorang cepat2 tolong dia dan panggil bantuan. Bantuan kecemasan jururawat segera diberikan oleh cik Suzie. Setelah mendapat bantuan, Uncle tu dihantar ke hospital. Kami continue berkayuh dan singgah di Taman Kaktus. Di situ sibuk masing2 berposing bergamba sakan. Macam2 telatah diorang ni. Aku yg mula2 nak control macho pun akhirnya terlebey suda juga. Terlompat2 ambik gambar. Masa on da way balik semula, tayar basikal Sharmi paancit pulak. Terpaksa la menolak sampai bawah. Haha.. Memang penat tapi aktiviti ni bestla. Rasa nak pegi lagi nanti. Selepas lunch kami pun berpisah dan aku pulang ke KL semula. Mybe lepas ada lagi aktiviti yang akan diorganize oleh Sharmi n the gang dan aku pasti akan ikut lagi hehe..

Kepada sesiapa yg rasa2 nak beriadah berbasikal mcm ni bolehla datang Taman Botani Negara ini. Pastikan anda datang awal pagi pasal ramai orang beb. Sewa basikal RM 3 sejam pertama dan tambah RM 1 untuk jam2 berikutnya. Untuk maklumat lanjut sila lawati website www.tamanpertanianmalaysia.gov.my okeh. Alahai promote plak. So.. kita enjoyy.. :D

P.A: Next Destination.. Cameron Highland... :D

Monday, May 16, 2011

Terima Kasih, Cikgu..

Semua orang tahu, 16 Mei sememangnya telah diiktiraf sebagai Hari Guru buat semua guru-guru yang mana ia disambut seluruh dunia. Pada mereka insan yang bergelar guru, cikgu, teacher, uztaz atau ustazah pasti hari ini merupakan hari yang amat bermakna buat mereka. Setiap kali tiba Hari Guru, pasti ada hadiah istimewa akan diterima para guru dari anak-anak muridnya. Sebagai memperingati jasa dan pengorbanan seorang guru, seharusnya kita memang perlu meraikan hari begini. Menyebut tentang Hari Guru, aku teringat kenangan semasa di sekolah dulu. Adakah masih kita ingat akan cikgu-cikgu kita semasa kita sekolah dahulu? Dimana mereka sekarang? Apa khabar mereka? Adakah mereka masih bergelar guru? Pernahkah kita ambil tahu lagi seperti dulu? Semua persoalan itu kadang-kadang aku terfikir. Sejak sekolah tadika lagi hingga ke sekolah menengah, aku masih ingat lagi raut wajah dan nama cikgu-cikgu yang pernah mendidik aku walaupun tidaklah semua. Dan sempena Hari Guru yang bermakna ini, aku dedikasikan entry ini khas untuk mereka. Berikut adalah cikgu-cikgu yang menjadi favorite aku semasa di sekolah dulu.

Sekolah Tadika
1. Cikgu Saidah - cikgu pertama yang mendidik aku.. :)

Sekolah Rendah
1. Teacher Lee ( Bahasa Inggeris) - sanggup gadaikan masa cuti Chinese New Year buat tuisen demi mase depan anak murid. huhu...
2. Cikgu Paat (Kemahiran Hidup) - suka buat jenaka & banyak bagi nasihat yang berguna.

Sekolah Agama
1. Ustaz Sairozi - suka bg denda yang pelik2 hukum pelajar termasuk aku. Aku ponteng so kene denda pusing satu blok sekolah dengan kepala diserkupkan dengan plastik bag. Uwahaha...sedih + malu. Tp semua tu jadi kenangan manis dan pengajaran yg bermakna. terima kasih Ustaz..
2. Ustazah Pn. Khadijah - selalu bg sokongan moral dan suke bg aku markah tinggi2.. hehe..

Sekolah Menengah
1. Cikgu Jaslaini (Matematik) - the best teacher of my life.. i salute you forever :)
2. Cikgu Fazli (Fizik) - asyik nak marah je tp bagus cara mengajar, mudah skor.
3. Cikgu Adnan (Sains & Cikgu Disiplin) - cikgu yg garang, bawak rotan kemana saja.
4. Cikgu Maslina (Bahasa Inggeris & Kaunseling) - cikgu fav budak kelas aku, lembut je orangnya. maklumla cikgu muda chantek katekan.. hehe.

Semua cikgu-cikgu ini pernah menjadi sumber inspirasi aku dulu. Dari tak tahu belajar sampai pandai. Sebenarnya ramai lagi aku nak sebutkan tapi aku dah xberapa ingat lagi nama2 mereka. (Terukkan aku..huhu). Itu belum cite aku kene lempang and kene berdiri atas kerusi lg. Haha.. Tapi apa yang penting..apa pun cikgu kita cuba lakukan semuanya demi kebaikan kita juga. Tanpa berkat doa dan usaha mereka, kita pasti tiada disini. Maybe kalau tiada mereka, aku akan keje kilang mahupun pekerja ladang sawit. Mane tau..huhu.. Semoga mereka semua dalam keadaan yang baik. Hanya Allah saja mampu membalasnya. Cikgu, walau dimana kamu berada, jasamu tetap diingati. Terima kasih, Cikgu..

P.A. : Selamat Hari Guru juga buat kawan-kawan cikgu - Cikgu Zaff, Cikgu Reen, Cikgu Shikin, Cikgu Mat, Ustaz Shahrizan & Cikgu Sunaidi. Sesunguhnya, kamu telah memilih jalan yang mulia.

Thursday, May 12, 2011

Friday 13th.. Dikejar Harimau!

Pernah anda mimpi yang menakutkan sehingga bila dah terjaga pun masih teringat dan berasa takut2? Haa.. aritu pada malam jumaat 13 Mei (Friday 13th.. terkenal dengan kisah2 seramnya) aku termimpi dikejar ngan Harimau. Ye, harimau betul la.. bukan harimau maskot ataupun biskut harimau, juga bukan hari-hari mau.. haha. Get serious! Saje je nak cite. Aku pun da tak ingat camne mulanya mimpi tu tp aku masih ingat saat ketika dikejar dan diburu oleh seekor harimau. Sedang aku dok bersembang ngan member aku, tetibe je dtg seekor harimau besar jenis phantera tigris datang usha dari jauh. Aku jd pelik camne ade rimau kat situ sedangkan mase tu aku bukan kat zoo atau kat hutan. Tanpa pikir panjang, aku pun blah dari situ sambil ignore je kat rimau tu. Tetibe je dia mengaum then trus je kejar aku. Terkincit aku terus lari lintang pukang menyelamatkan diri. Aku tak tau apsal rimau tu kejar aku je padahal aku perasan orang lain pun ade mase tu. Aku cube nyorok dalam bilik, tapi dia boleh tau, macam magik dia pun da ada dlm bilik tu jugak. Terus dia lompat nak terkam pastu.. pastu... aku pun terjaga. Huh..huuh.. berpeluh-peluh aku mase terjaga. Haha.. Well, paginya aku try usha kat Google tafsir mimpi. Nampak cam bende remeh tp kene amik tau jugak. Mane tau ada apa2 nak terjadi. Cuak gak.. So, antara makna-makna mimpi ini yg telah aku dapatkan :

1. Akan mendapat keberuntungan / kerja
Kerja? Well.. ini mcm petanda yang baik. Mybe dapat kerja kat tempat baru. Memang ade apply bnyk tempat sblm ni tapi tak taulah bile leh dpt. Kalo ini maknanya, tak aperlah leh terima gak. Tunggu jelah hehe..

2. Ada orang berniat jahat dengan kita.
Ini...ini.. inii..tak baik. Ada orang dengki la ni. pHd.. Sape la tu yang nak buat jahat kat aku. Kadang-kadang susah berbaik ngan semua orang, luaran nampak je baik tp dalam hati berniat jahat pada kita. Pendek kata, ada musuh dalam selimut. Kalau ini petandanya, aku kena berjaga-jaga.. huhu..

3. Ada orang akan berase kecewa dengan kita.
Alahai..ini lagi satu.. Tak tau la sape la ni and tak tau ape salah kite nanti.. Mybe dia antara kawan2 aku? kalo lelaki ok lg, tapi kalo hati permpuan kalo kita kecewakan, payah beb... Kalau betul ade, mintak maaf la banyak2. Huhu..

4. Ada orang berminat / jodoh nak sampai.
Arkk.. aku bagai tak percaya makna yg ini. betul ke ni? Kalau org pompuan dia mimpi ular so lelaki mimpi harimau. Tapi, ade ke orang minat kat aku ni? kene check ni. haha.. Well, soal jodoh plak, susah aku nak menjawabnya. Biarlah Allah tentukan.. Rileks2, aku akan kawen jugak nanti cume lambat skit je.. hehe..

So, tak taulah mane satu yg betul. Tapi bak kata orang, mimpi ini hanya mainan tido saja. Sblm tido basuh kaki, bace doa. So, terpulanglah pada diri kita nak percaya atau tidak. huhu..sabo jela..

P.A. : nasib baek rimau tu tak wat tiger show, mau kelain aku jadinya... bagero.. haha.