Sunday, March 20, 2011

Filem Pilihan - Battle : L.A.

Kalau anda peminat filem aksi perang askar dan sains fiksyen, filem ini boleh menjadi pilihan anda. World Invasion: Battle Los Angeles (Battle L.A) adalah berkisahkan perperangan antara manusia sejagat dan makhluk asing yang sadis. Kehadiran makhluk asing itu disedari setelah beberapa meteor telah jatuh ke bumi. Ketika bandar-bandar besar dibumi telah diserang, kini tinggal kota Los Angeles yang masih ada harapan. Hero filem ini - Staff Sgt. Michael Nantz (Aaron Eckhart - 2Faces dalam Dark Knight) adalah seorang tentera marin senior dalam skuad baru yang diketuai oleh seorang Leftenan muda dalam misi menentang penaklukan makhluk asing di Los Angeles. Makhluk asing pula sukar dan degil dikalahkan kerana mereka bukan saja menyerang melalui darat tetapi juga dari serangan udara menyebabkan ramai manusia terkorban. Keadaan menjadi kucar kacir dan makhluk asing membunuh manusia yang ada sesuka hati mereka. Dalam satu babak perperangan menentang alien, Leftenan muda yang mengetuai skuad baru itu terkorban lalu Staff Sgt terpaksa menggantikannya sebagai ketua skuad. Di bawah pimpinan Staff Sgt yang lebih berpengalaman, skuad marin yang masih survive itu bersemangat menentang asakan serangan makhluk asing yang mengepung mereka.

Beberapa orang awam dapat diselamatkan dan mereka berjaya melarikan diri dari kawasan bahaya tu dengan helikopter. Setelah mereka yang lain sudah terselamat, Staff Sgt nekad untuk patah balik ke Los Angeles kerana baginya perjuangannya masih belum selesai (sungguh patriotik gitu..). Dengan bantuan anggota skuadnya yang lain, Staff Sgt berjaya menjejaki kapal induk utama makhluk asing yang disembunyikan dibawah tanah. Setelah berhempas-pulas berbalas tembakan, akhirnya kapal induk itu musnah jua diletupkan. Makhluk asing jd kecut lalu mula berundur dan kemenangan menjadi milik kita.. (manusia la.. hehe). Hooreyy..tepukk..tepuk.

Kalau dilihat, jalan cerita filem ini lebih kurang dengan filem aksi alien lain. Cume apa yang bezanya, filem ini lebih memfokuskan dari sudut pandangan perjuangan beberapa orang askar yang cuba menewaskan penaklukan yang besar. Bayangkan jika kita berada disituasi mereka. So, kepada mereka yang masih meminati filem aksi sebegini, bolehlah pergi ke panggung wayang berdekatan.
Y2N Rating : 3 bintang
Justify Full
P.A. : Pendek kata filem ini bagaikan gabungan filem 'Saving Private Ryan' + 'Independence Day'. Tak percaya, lihatlah sendiri.. Layann..

2 comments:

  1. wah ..ko dah tgk ke citer nie ??? ( nampak sangat aku x baca ape yg ko tulis panjang2 kat atas nie hehehe )

    ReplyDelete
  2. hahaha.. tau xper. da mcm karangan SPM review aku. :D

    ReplyDelete