Monday, March 14, 2011

Walk For Children - 1Malaysia Goes Green :)

Pada Ahad yang lepas (13 Mac 2011) aku telah mengikuti program amal yang dinamakan "Walk For Children - 1Malaysia Goes Green" di Dataran Merdeka. Terus terang ku katakan ini first time aku ikuti program macam ini yang betul2 enjoy and fun. Aku mendapat tahu mengenai program ini melalui posting di facebook Lisa Surihani (pasal aku kan fan dia) beberapa minggu sebelum ia berlansung. Oopps.. sebelum tu aku nak bagitau yang aku join program ni bukan semata-mata pasal Lisa okey. Lisa Surihani telah dilantik sebagai duta program sihat ini, so memang da jadi tanggungjawab beliau untuk menghebahkannya kepada semua. Thanks so much Lisa. Event ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan International School of Kuala Lumpur (ISKL) serta dirasmikan oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Malaysia's First Lady.. uhuiiii..

Kerana terlalu teruja, aku da set awal2 jam pukul 6 pagi untuk bangun. Selepas solat Subuh, aku bergegas ke Dataran Merdeka tanpa berlengah lagi. Housemate aku mesti pelik apsal aku kuar pagi-pagi Ahad camni. Selalunya aku bantai tido time cuti.. hahaha. Well, setibanya disana semua peserta kene mendaftar dulu, amik nombor di booth dan menerima t-shirt serta topi khas event ini. Aku mendapat No siri A 341. Haha.. okla tu. Aku tengok suasananya meriah giler dengan pelbagai jenis manusia. Ada melayu, ade cine, india, mat salleh,arab., kecik, besor.. mcm2 la.. orang OKU pun ada. Aweks-aweks pun ramai. Memang seronok dapat berborak dengan diorang wlpn masing-masing tak mengenali pun. Janji kita 1 Malaysia kan? hehe.. (patriotik la plak). Sebelum acara utama dijalankan, semua peserta yang hadir diadakan sesi memanaskan badan (warm up la kate orang puteh..), so kitorang bersenam dan menari diatas padang secara bramai-ramai sambil ditujnuk ajar oleh pakar senaman Celebrity Fitness. Seronok giler wa cakap lu..


Lepas bersenam tu kitorang pun bersiap-siap berbaris di jalan utama depan dataran untuk memulakan perjalanan. Sementara menunggu acara bermula, sempat juga aku bergambar dengan Lisa Surihani & FBI Faizal Ismail (dj hot fm tu la..). Ingat senang ke nak dapat gambar dekat2 mcm tu. hehe.. 'Bamm!' bunyi ledakan pistol hasil tembakan padu oleh Datin Rosmah ke langit menandakan acara berjalan-jalan amal ini bermula. Jalan je bukan lari pun. Untuk lelaki dan wanita dewasa perlu berjalan sepanjang 5km manakala mereka yang kurang berupaya seperti OKU, orang tua & kanak-kanak hanya 3 km sahaja. So aku berjalanlah sepanjang 5 km tu. Buat satu pusingan sekitar KL then tembus balik Dataran Merdeka. Berjaya juga aku menyelesaikannya sepanjang 5km. Takdelah penat sangat. Ok je.. hehe..

So lepas ini, kalau ada acara seperti ini lagi dimana-mana, aku ingin sertai. Rasa seronok pulak beriadah mcm ni kan. Sekurang-kurangnya hari cuti kita terisi juga dengan sesuatu yang bermanfaat dan berfaedah. Badan pun sihat, pahala pun dapat, kawan baru pun dapat. hehe.. Thanks kepada mereka yang terlibat dalam mengusahakan program ini. I'll never forget this moment. Ok Choi~ for more photos, plz check on my FB.. tq..


P.A. : Tak sangka mimpiku jadi kenyataan.. Thanks God. Dapat bergambar dengan Lisa. wawawawee... So damn cuteeee.. =)

9 comments:

  1. me too,it was my first time jgk..n dpt bergbr ngn lisa jgk,totally ohsem,gorjes okay...n seronok sgt dpt pegi aktiviti amal cmni...

    ReplyDelete
  2. yeah , walk for children ok ..not for lisa surihani ..hahaha ...

    ReplyDelete
  3. Salam bro,
    Waa.. good one your blog di review oleh Lisa.. cool! =D

    Salam perkenalan dari rakan blog.. =)

    yours
    SH

    ReplyDelete
  4. nor - yezza, next time ade aktiviti mcm ni kite pegi lg okeh..
    chikebum - yes, surely i walk for children but i walk with lisa. haha. uhuuiii.. :D
    shahrul - w'salam. betul ke Lisa tgk blog aku ni? mcm xcaye plak. haha.. anyway tq bro. ;)

    ReplyDelete
  5. Masukkan laa gmbar dengan lisa
    nkk tengok !

    may i ?

    ReplyDelete
  6. ok, as u wish.. satu je. xleh lebey2. ekeke.. ;p

    ReplyDelete
  7. nice picture :) last picture muahahaha
    btw salam kenal ^^

    ReplyDelete
  8. hehe.. absolutely, she very nice person. anyway tq. salam kenal juga. ;)

    ReplyDelete