Istimewanya gathering kali ini adalah kerana Siti Nurhaliza akan join sekali. Beliau datang bukan untuk buat persembahan nyanyian tapi untuk bersama-sama enjoy dengan peminatnya. Sementera menunggu kedatangan DCT, kami plan nak buat gimik untuknya. Kami plan buat2 tido ramai2 mase DCT datang. Aku pun buat jugaklah. Saje nak kenekan dia. So lebih kurang kol 3 lebih DCT pun sampai dengan serombongan kaum kerabatnya. Masa tu kami ramai2 tgh berpura-pura tido buat xlayan sama dia. Sunyi sepi. DCT hanya ketawa tgk telatah kami. Bile dia bagi salam je.. kami ramai2 bangun jawab salam sekuat hati then jeritt woooooo.. haha klaka. layan je la.. DCT pakai baju simple je arini tak seperti selalu kita lihat di majalah atau tv. Dengan tshirt oren, seluar trek hitam dan juga topi. Laki dia plak pakai suar pendek. Mmg konsep arini santai2 je pun. Kite2 je. Tiada orang luar.
Lepas bagi ucapan Dct jadi juri bagi pertandingan karaoke. Macam2 telatah dan ragam budak2 ni nyanyi lagu Siti. Kalau laa aku sihat, aku pun nak join masuk karaoke. Nak nyanyi lagu 'Purnama Merindu' tapi apakan daya tekak sakit plak. Nyanyi lagu depan DCT tu. Lepas tu, kitorang ada games sukaneka. DCT dan lakinya pun masuk sekali. Aku jadi supporter je la sambil ambil gamba. DCT nampaknya begitu excited sangat dengan sukaneka. Macam budak2 plak aku tengok. Haha Enjoyy.. Antara games yang diadakan - makan epal gantung, isi air dalam botol, gelang getah pakai straw, bola pinpong atas sudu, pecahkan belon, makan durian & cari gula2 dalam tepung. Overall, semua acara ni havoc klaka abiss apatah lagi bile tengok telatah DCT dan lakinya yang sporting giler xingat. Memang jarang la dpt tgk suasana macam ni. Macam xcaya seorang artis ternama yang selama ni kite tgk nampak lembut rupanya nakal jugak ye. Kebudak-budakan. haha.. adoii.. aku pun xtau la camne lagi nk cite tp best sgt la moment ni.
Kol 6.30p.m. aku pun balik dulu sebab aku naik motor. Agak bahaya gak nak lalu jalan atas bukit tu kalo hari da gelap. Kata orang, bala jangan dicari. Yg lain bleh la lama sebab naik kete. Diorang masih lagi stay kat sana mybe sedang sibuk bergambar sakan dengan DCT. Nak tunggu giliran aku, rasenye lambatlah nanti. Aku da brgamba sakan dengan dia aritu so bagi peluang kat orang lain plak. So aku balik saja dan berharap aku akan berjumpa dengan DCT & kawan2 di lain kali. Well, tq to all yang terlibat. Tq invite saya. Korang yang tak pergi tu jangan jeles plak. Next time insyaAllah ade lagi. (kalau ade la.. haha..).
'Datang berlindung waktu susah dan senang, tumpang berlindung waktu susah dan senang'. SitiZoner memang semmmpoi.. best!
P.A. : xdpt bgamba dengan DCT xperla, gamba dengan kereta KCT pun jadi la... =P