Sunday, July 29, 2012
Tudung Bawal Exclusive Sangdewi
Friday, July 27, 2012
Logo 55 Tahun Merdeka Versi Y2N
Wednesday, July 25, 2012
ini ke Logo Merdeka ke-55?
Thursday, July 19, 2012
Salam Ramadhan 1433Hijrah
Friday, June 15, 2012
Ini.. Ini memang mengarut.
Tuesday, June 5, 2012
Permulaan Jun Yang Gila
Tuesday, May 15, 2012
Man. City : Juara EPL 2011/12
Diimbas kembali, ketika perlawanan akhir Super Sunday berlansung, kedudukan City dan United terikat dengan jumlah mata yang sama cuma dibezakan dengan jumlah jaringan gol. Jika kedua-duanya menang, City akan juara kerana memiliki kelebihan jaringan gol. Di pertengahan masa perlawanan Manchester City kelihatan sudah tiada harapan setelah ketinggalan 2-1 hingga penghujung masa kedua. Sememangnya kegagalan City nanti akan menjadi satu kegembiraan buat peminat Manchester United untuk meraih gelaran Juara sekali lagi. Pasukan United telah menewaskan Sunderland & sambil menunggu perlawanan City-QPR tamat, penyokong-penyokong United serata dunia sudah yakin mereka menang & bersedia untuk bersorak gembira. City pula diberi masa tambahan 5 minit dan masih ketinggalan 2-1.
Itulah detik bersejarah buat penyokong setia kelab Manchester City. 44 tahun sekian lama menunggu akhirnya tercapai jua impiannya. Dan perlawanan akhir ini telah dinobatkan menjadi perlawanan yang paling dramatik dalam sejarah dunia bola sepak. Satu-satunya kelab yang berjaya memecahkan rekod dominasi Manchester United disaat akhir. Unbelievable.
Congratulation Manchester City!
Congratulation Roberto Mancini!
Thank You Allah!
Proud With City =)
P. A. : Oi, Fergie! We 'aving a party! U MAD, MEN-U? ;D
Thursday, May 3, 2012
Superhero Bersatu - The Avengers
Monday, April 16, 2012
B.A.T.T.L.E.S.H.I.P.

Woww.. awesomee.. mantap.. memang best cite ni. Memang xterasa duduk hampir 2 jam kat pawagam sbb cite ni penuh dengan plot & aksi vavavomm~ Walaupun filem ini dibuat oleh penerbit filem Transformers, namun filem ini lagi hebat dari Transformers! It's about alien invasion vs Titanic! Ceritanya bermula dengan pihak saintis dan NASA telah mencipta sistem satelit dan pemancar yang termaju untuk menjejaki sebarang hidupan di sebuah planet di luar angkasa. Mereka mengharapkan sebarang maklum balas. Tanpa diketahui, program sains mereka itu sebenarnya bakal mengundang kemusnahan Bumi sendiri.
Bertempat di kepulauan Hawaiian pula, sebuah latihan tentera laut sedunia telah dilakukan untuk mendapatkan kerjasama serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara negara. Di antara yang turut serta adalah NAVY US, dan juga negara Jepun. Watak utama - Alex Hopper, seorang pemuda yg sengal lagi bermasalah. Demi mengubah sikap Alex, abangnya Stone Hopper merekruitnya ke angkatan tentera laut NAVY. Dia telah ditugaskan kepada kapal perang USS John Paul Jones. Abangnya pula, Stone Hopper adalah commanding officer kepada kapal USS Sampson. Kire tahap Kapten la.
Ketika sesi latihan dijalankan, 5 kapal angkasa alien telah mendarat laju ke arah Bumi dan terus menjunam kedalam laut. Salah satunya telah tersasar jatuh ke negara China, selebihnya jatuh berhampiran tempat latihan sekumpulan tentera laut tadi. Alex dan beberapa rakan sepasukannya pergi menyiasat objek yang terjatuh ke laut td. Tiba-tiba 3 buah kapal angkasa keluar dari laut dan bersiap sedia untuk berperang. Pada masa yang sama, alien tu telah mengepung kawasan itu dengan aura elektromagnetik yang xboleh ditembus. Jadi ade 3 kapal perang sahaja yg berada di dalam kepungan itu dan xboleh menerima bantuan luar. Demi mempertahankan diri, mereka berbalas-balas tembakan dengan kapal alien. 2 buah kapal perang telah hancur tenggelam dimusnahkan alien. Tinggal kapal perang USS John Paul Jones pimpinan Alex Hopper sahaja yang masih survive. Demi mepertahankan Bumi, mereka tekad berperang face to face dengan kapal2 angkasa alien yang jauh serba canggih itu. Dapatkah Alex dan krew2 kapalnya menyelamatkan Bumi? Saksikan di pawagam.. Manyak rugiii wooo kalo xtengook~ xD
Extra:
1 - Penyanyi Rihanna pun berlakon dan ternyata lakonan dia xmengecewakan!
2 - Ade satu adegan sama macam Titanic iaitu mase kapal perang musnah terbelah dua & tenggelam.
3 - Kapal alien sangatla canggih tapi xleh terbang plak. Hanya terlompat-lompat macam katak. Enjin masuk air kot. ekekeke.. Serius.
4 - Jangan pandang rendah pada askar veteran. Mereka boleh membuat anda kagum.
5 - Kapal perang boleh buat drift... giler.. macam mana tu? sila tengok =P
P.A. : Xsabar nak tengok Avangers pulak.
Tuesday, April 10, 2012
Nyalakan Api Pada Hujan

Ku biarkan ia jatuh, hatiku,
dan seperti ia sudah jatuh, kau bangkit untuk menuntutnya
ia sungguh gelap dan aku rasa telah berakhir
sehingga kau kucup bibirku dan kau selamatkan akutanganku masih kuat, tapi lututku sudah lama lemah
untuk berdiri di tanganmu tanpa jatuh ke kakimu.
Tapi ada satu sudut untuk kamu yang aku tak pernah tahu, tak pernah tahu,
semua perkara yang pernah kau katakan,nyata ianya tidak benar, tidak benar,
dan sandiwara yang kau mainkan, kau selalu menang, selalu menang.
tapi aku nyalakan api pada hujan,
melihat ianya mencurah seperti ku sentuh wajahmu,
maka, ianya terbakar ketika aku menangis
kerana aku terdengar ianya menjerit namamu, namamu
bila bersandar pada kamu, aku harap boleh kekal disitu,
pejam mataku merasakan dirimu disini selamanya
kau dan aku tetap bersama, tiada apa yg lebih baik dari itu.
kerana aku terdengar ianya menjerit namamu, namamu
aku nyalakan api pada hujan
dan aku campak diri kita ke dalam api,
bila kita terjatuh, sesuatu telah pun mati,
kerana aku tahu itu itulah detik terakhir, detik yang terakhir
Kadangkala aku bangun semula dengan pintu,
Mengharapkanmu mesti menunggu untuk kamu
walau sekarang kita sudah tiada apa-apa lagi
aku masih tak mampu menahan diri untuk terus mencari kamu
aku nyalakan api pada hujan,
melihat ianya mencurah seperti ku sentuh wajahmu,
maka, ianya terbakar ketika aku menangis
kerana aku terdengar ianya menjerit namamu, namamu
aku nyalakan api pada hujan
dan aku campak diri kita ke dalam api,
bila kita terjatuh, sesuatu telah pun mati,
kerana aku tahu itu itulah detik terakhir, detik yang terakhir oh
Oh, tidak
Biarkan ia terbakar, oh
Biarkan ia terbakar
Biarkan ia terbakar..
My God, i love this song so much.. Adele mmg power sore dia. dengar banyak kali pun xper. Nyalakan api dalam hujan? Boleh ke idup ke api itu? haa.. sudah tentu penuh maksud yang tersirat. Ia menggambarkan emosi seseorang yg membara bagaikan api tp pada masa yang sama hatinya masih cube bertenang seperti air. Mybe ni lagu frust bercinta kot? hehe.. Nak tujukan pada seseorang. =)
P. A. : Thank you Google translate.. ko xlah membantu sangat. berterabur jadinya. LOL =P
Monday, April 9, 2012
Antara Aku, Sitizoner & ABPBH 2012
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 baru saja berakhir. Acara tahunan ini diadakan di Arena of Stars, Genting Highland bertujuan untuk menobatkan artis atau selebriti yang mana popular oleh peminat seni hiburan tanah air. Jadi peminatlah yang menentukan siapa yang bakal memiliki trofi anugerah ini berdasarkan undian tertinggi. Sesetengah orang xambil peduli pasal anugerah-anugerah macam ini (buang masa, bosan katanya..) tapi bagi mereka yang ada kaitan dengan bidang seni hiburan tempatan pasti ini saat2 yang dinantikan.Bercerita tentang ABPBH kali ini, satu kelainan diadakan iaitu Anugerah Seri Perak. Dato' Siti Nurhaliza telah tercalon dan sudah tentu ini berita gembira buat peminat2nya terutama Sitizoners. Mereka sangat teruja sebab Siti dah lama xnaik ke pentas anugerah sejak dia menarik diri. Pelbagai usaha mereka lakukan untuk memastikan kemenangan milik Siti. Salah seorang wakil SNP telah menugaskan aku membuat tshirt khas SitiZoners untuk dipakai semasa malam anugerah nanti. Tshirt bewarna merah dan gambar Siti didepan telah aku siapkan. Lebih kurang 70 helai aku printkan & semuanya sold out.
Tiba saat-saat yang ditunggu.. aku menunggu di depan tv. Alhamdulillah, Siti menang juga anugerah pada malam itu. SitiZoners serba merah dengan tshirt aku buat dan menjerit2 kesukaan. Kire berbaloi jugalah buat tshirt tu. Aku nampak mereka juga menggunakan banner 'We Love You' yang aku supprisekan pada Siti di Pavillion dulu. Terasa bangga juga dihati. Aku tersenyum sendiri. Mane yang kenal banner tu tentu tau la sape buat. Mybe sumbangan aku xderlah besar, tapi sekurang-kurangnya ada la jugak something yang boleh dibanggakan. Tq so much all. hehe.. InsyaAllah kalo ade pape event berkaitan Siti lg, diharap akulah designer yang mereka akan cari. Coz i luv to do it. Hoho... ^^~
Berikut adalah keputusan penuh ABPBH2011:
Penyanyi Lelaki - Hafiz
Penyanyi Wanita - Yuna
Artis duo/Berkempulan - Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
Artis Baru Lelaki - Johan Ariff As'ari
Artis Baru Wanita - Tasha Shilla
Pelakon Filem Lelaki - Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita - Maya Karin
Pelakon TV Lelaki - Fizz Fairuz
Pelakon TV Wanita - Fasha Sandha
Artis Komedi Lelaki - Johan
Artis Komedi Wanita - Didie Alias
Pengacara TV Lelaki - Zizan Razak
Pengacara TV Wanita - Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki - Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita - Fara Fauzana
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ABPBH 2011
Datuk Sheila Majid
Anugerah Seri Perak
Datuk Siti Nurhaliza
Artis Paling Popular 2011
Aaron Aziz
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG!
P.A. : teringin nak lalu di Karpet Merah sambil diapit artis jelita.. hahaha.. mimpi je la ko =P
Sunday, April 1, 2012
Selamat Tinggal... Cik Bib.

Cik Bib seorang yang peramah, sporting, suke bergurau dan mudah berkawan. Kadang2 beliau seorang yg tegas. Hubungan rapatnya dengan dengan kawan-kawan lain terutama Chikebumm Buzz sudah seperti adik-kakak sendiri dan juga pada aku, seorang teman yang suka bergurau senda. Sudah tentu ketiadaan beliau disini tiada gantinya. Mybe dah xde gune lagi aku naik tingkat atas. Walau sedih di hati, kami tetap sambut dengan gembira. Diharapkan Cik Bib akan cekalkan hati dan dapat menyuaikan diri dengan tempat baru. Maklumlah tempat baru tentulah kita malu2 kucing dulu dan kene buat2 serius keje. haha..
Oklah, saya disini mendoakan Cik Bib akan berjaya dengan kerjaya baru dan dapat mencapai impian hidup selepas ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi walapun da jauh terpisah dan sentiasalah ingatkan kami disini.. terutama saya ni.. teman serasi dan teman gossip kamu.. hehe.. =P Sebagai hadiah, saya buatkan frame poster khas untuk dirinya. Terima kasih atas segala kenangan dan memori. We Will Miss You..
Selamat Tinggal... Cik Bib.
P.A. : jangan nak 'selamat tinggal' la sangat... macam la xjumpe terus. da dekat ngan rumah da kan.. hahaha... errr... nak gak patung katak tu, leh x?.. xP
The Sweet Seventeen =)
Selamat Ulang Tahun ke-17 DCT! Happy Sweet Seventeen..!
Semoga DCT akan terus berjaya dalam kerjaya dan mengejar impian hidup.

*info : atas permintaan SitiZoner, poster ini telah dibuat oleh saya dan didedikasikan kpd DCT. Tq.
P.A. : semoga akak iti berjaya dunia akhirat dan dikurniakan anak suatu hari nanti. InsyaAllah.. amin.
Monday, March 19, 2012
John Carter - Wira Bumi di Marikh
Filem John Carter menjadi salah satu filem mesti tonton untuk tahun ini. Ia bukanlah cerita superhero atau ala-Indiana Jones tapi merupakan kisah pengembaraan seorang manusia veteran askar ke Planet Marikh. Eh, camne leh sampai pegi Marikh tu? haa gini citernyee.. Selepas kematian anak dan isterinya, John Carter membawa diri dan meluangkan masa hidupnya mencari emas di gua. Satu ketika beliau dikejar oleh puak Red Indian dan menyorok di sebuah gua. Secara kebetulan, gua rahsia itu merupakan pintu masuk ruang angkasa yang digunakan oleh makhluk asing tahap dewa bergelar Thern. Tanpa sengaja, John telah ditarik masuk ke ruang itu dan dihantar ke Marikh.Bermulalah babak lucu ketika John cuba membiasakan diri di planet itu. Marikh mempunyai daya graviti yang rendah maka John mampu melompat jauh beratus-ratus meter dengan mudah. Malah kekuatannya pun menjadi berlipat ganda seperti Superman. Atas kelebihan itu, satu puak makhluk asing Marikh kagum lalu menangkapnya. Salah satu makhluk asing yang baik hati disitu telah memberi deria kepadanya dan selepas itu John boleh paham dan mampu berkata dalam bahasa planet Marikh.
Selepas melarikan diri dari puak makhluk asing itu, John bertemu pula dengan Puteri Dejah Thoris iaitu puteri raja Helium yang cantek tapi brutal. Kedatangan John tepat pada masanya kerana Puteri Dejah memang memerlukan seorang wira yang mampu menyelamatkan kerajaan Helium dari peperangan perebutan kuasa. John bersetuju akan membantu Puteri Dejah dengan syarat dia ditunjukkan jalan pulang ke Bumi semula. Dalam perjalanan mencari itu, satu demi satu cabaran datang. Sehinggakan mereka berdua jatuh cinta antara satu sama lain dan menyebabkan John Carter terasa berat hati untuk meninggalkan planet Marikh demi cinta suci itu. Eh? tetibe jadi cerita jiwang plak. hahaha... Ok, adakah John akan berjaya pulang semula ke Bumi atau terus tinggal di Marikh sebagai penyelamat? Panjang ceritanyaa... Tengoklah sendiri. =P
Mesej : Cinta Antara Planet - Biarlah berjauhan beribu-ribu-ribu batu, namun hati tetap menjadi satu.
P.A. : i just wonder... planet Marikh ade oksigen ke? oh now i get it.. it just science fiction and imagination kan? hehe.. ^_^
Dr. Seuss The Lorax - Pelindung Alam Semulajadi
Karya Dr. Seuss mmg terkenal dengan imaginasi tentang kewujudan dunia lain yang kita tidak ketahui. Terbaru penonton dibawa pula dengan The Lorax. Cerita ini berkisahkan mengenai sebuah bandar 'plastik' yang bernama Theed-Ville. Kenapa 'plastik'? Sebab dalam kawasan bandar itu semua bende adalah berunsurkan plastik. Tumbuh-tumbuhan, kereta, rumah dan semua diperbuat dengan plastik. Tiada satu pun pokok original yg tumbuh. Oleh sebab tiadanya pokok sebenar, maka udara segar dijadikan sebagai satu bisnes. Sempadan bandar ini pula ditutupi dengan tembok yang tinggi. Tiada siapa pun dibenarkan keluar.Namun semuanya berubah apabila seorang budak bernama Ted berminat untuk mencari pokok sebenar. Dia sanggup mencarinya demi menunaikan hajat gadis pujaannya, Audrey. Atas bantuan neneknya, Ted telah keluar dari bandar itu. Keadaan di luar amatlah tandus dan gelap. Dia menemui orang tua bernama Once-Ler yang tinggal disebuah pondok usang. Setelah puas dipujuk, akhirnya Once-Ler bersetuju untuk menceritakan kenapa dunia di situ sudah tiada pokok.
Semuanya disebabkan oleh kesilapan silam Once-Ler ketika muda dulu. Beliau telah menemui hutan mistik penuh dengan pokok-pokok yang cantik. Disitulah Once-Ler telah menemui makhluk mistik bermisai lebat bernama The Lorax. The Lorax adalah pembela dan pelindung alam semulajadi. The Lorax telah memberi amaran kepada Once-Ler supaya tidak merosakkan hutan disitu jika tidak, dia akan menyesal seumur hidup. Tapi sayangnya, atas sifat tamak, beliau telah membuka kilang dan menebang kesemua pokok-pokok disitu sehingga habis licin. Beliau menjadi kaya raya ketika itu tapi tidak lama, disebabkan beliau telah melanggar amaran The Lorax. Once-Ler jatuh miskin dan menyesal xsudah dan mengasingkan diri dari manusia lain sehingga sekarang. Tapi Once-Ler nampak peluang kedua untuk menebus kesalahannya dengan bantuan Ted. Apa pertolongan yang akan dilakukan oleh Ted? Berjayakah Ted menemui pokok sebenar? Saksikanlah animasi cute yang penuh warna warni ini. Pasti terhibur.. =)
Mesej : Sayangilah Bumi Kita! ^_^
P.A. : ingin bela misai macam The Lorax.. ada macam Datuk K tak? apakah? haha.. xD
Wednesday, March 14, 2012
Jalan-Jalan Tengok Ikan - Aquaria KLCC




P.A. : tak jumpe pulak aku si ikan duyung.. kalo x leh bawak balik =P
Thursday, March 8, 2012
Selamat Hari Wanita =)
Anda seorang wanita? Jadi, anda harus berbangga. Wanita adalah satu anugerah Tuhan ke dunia. Anugerah yang tidak ternilai buat kaum lelaki. Bayangkan jika dunia ini wujud tanpa wanita. Sunyi kan?. No Woman No Cry la.. Begitu juga kisah yang berlaku kepada Nabi Adam A.S. ketika di Syurga. Baginda begitu rasa sunyi walaupun dikelilingi pelbagai keindahan. Oleh itu Tuhan telah ciptakan wanita bernama Hawa dari salah satu tulang rusuk Nabi Adam sebagai pelengkap hidup. Sejak itu, sejarah mulanya manusia hidup berpasangan dan saling memerlukan pun tercipta. Wanita makhluk ciptaan Tuhan yang indah. Sifatnya yang lembut, halus membuatkan hati lelaki terpaut. Biar dianggap lemah tapi wanita memiliki hati yang kuat. Sifat tabah dan naluri yang begitu kuat. Satu keistimewaan yang tiada pada lelaki.Sempena hari istimewa ini, ku ucapkan SELAMAT HARI WANITA buat semua wanita dikasihi & yang mengenali diri ini. Oh ya, terutama kepada mereka yang ada dalam gambar diatas. Tidak kira kawan2, rakan sepejabat, kenalan FB, ex-gf, saudara-mara asalkan bernama wanita. Wahai wanita, ingatlah, sesungguhnya wanita itu hiasan dunia dan sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah. Semoga keindahanmu terus terpelihara dan martabatmu terus terjaga. Semoga orang yang berada disampingmu akan menyayangimu sebaiknya. Semoga kasih sayang darimu sampai ke Syurga... =)
ade 3 wanita yg aku kagumi :
Taylor SwiftMuda, cantek, sweet, berbakat dan telah memenangi banyak anugerah muzik dalam usia muda. Minat giler kat awek ni. Bukan sebab cantek je tapi sebab imej bersih dia tunjukkan. Semua lagu dia aku dah ada. Kalo nanti dia dtg wat concert kat Malaysia, aku akan jadi penonton row paling depan sekali. haha..
Dato' Siti NurhalizaDCT boleh dikatakan sebagai the most successful artist in Malaysia. Bukan saja popular dengan lagu-lagunya malah beliau mengembangkan lagi empayarnya dengan mengeluarkan produk kecantikan sendiri. Seorang tokoh wanita yang boleh dibanggakan.
Aishah - Mak SayaSyurga itu terletak dibawah kaki ibu. Sudah tentu tiada wanita yang lain yang kita sayang akan menduduki no 1 carta hati kita melainkan mak kita sendiri. Korang pun begitu jugak kan?. Maklah wanita yang terbaik dalam hidup saya. Selamat Hari Wanita, Mak.. Love You ^^~
Sunday, March 4, 2012
Act of Valor - Kuasa Tentera Amerika!

Kapal Cristo berjaya ditawan dalam satu pertempuran di laut dan dia disoal siasat mengenai perancangan pengganas yang seterusnya. Demi keselamatan keluarganya, Cristo akhirnya akur. Pihak tentera amat terkejut kerana pengganas sedang merancang untuk meletupkan beberapa tempat penting di Amerika. Jika berlaku, kesannya lebih dashat dari peristiwa 11 September. Mereka pengebom berani mati akan meletupkan diri dengan bebuli bom yang tersembunyi dalam jaket. Oleh itu, kumpulan tentera elite tadi dikerah lagi untuk menghentikan rancangan pengganas ini sebelum ia berlaku. Pertempuran akhir berlaku di Somalia, Afrika. Setelah berperang hebat, akhirnya ketua pengganas berjaya ditumbangkan dan rancangan jahat mereka berjaya dipatahkan. Setiap perjuangan pasti ada pengorbanan. Seorang askar elite tersebut terkorban dibom demi menyelamatkan nyawa rakan sepasukannya.
Filem ini hebat dan betul tak rugi ditonton, penuh dengan kata2 semangat. Babak tembak menembak pun real. Filem ini dikatakan sebenarnya didekasikan kepada setiap manusia yang menentang keganasan. Memupuk semangat patriotik terutama untuk warga Amerika (katanya lah..). Hmmm... cuma biasalah kita faham sangat propaganda Amerika ni kan, mesti nak tunjuk kekuatan tenteranya. Diorang je la bagus. Mau jadi hebat dari segi segala-galanya... sigh~ Apa2 pun filem ini tetap layann. *** 3 bintang!
P.A. : suke main game perang2 Counter Strike setiap malam.. dan sekali sekala jd terrorist. hehe =)
Sunday, February 26, 2012
Selamat Pengantin Baru Lisa (=

Lisa Surihani menerima sebentuk cincin bertatah berlian, seutas rantai, tujuh dulang hantaran berupa tepak sireh, cincin, rantai platinum, wang hantaran, manisan dan kek perkahwinan dari pihak Yusry. Selesai akad nikah, majlis resepsi pula diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya, pada 26 Februari. Siaran lansung ada di Astro Ria. Saya tak tengok pun hehe..
Saya percaya ramai rase pasangan ni sweett sangat tengok dan tidak kurang juga ada yang rasa patah hati. Yang patah hati tentulah kebanyakannya peminat dikalangan lelaki. Saya ni xderlah fanatik sangat ngan Lisa cuma minat2 gitu saja. Yelah, org sweet kan mestilah menjadi pujaan hati orang. Sebenarnya xkisah pun dia kahwin, bagusla... tapi apa yang tak berkenannya adalah keputusannya kahwin dengan duda. Seolah-olah tiada lagi org bujang didunia ini dimatanya. Ia mengimbas kembali kenangan pahit perkahwinan DCT dan DK. Itu pilihan dia, tentu semua ini demi masa depan dia juga, kita redha. Namun begitu, itulah yang dinamakan JODOH. Orang suke atau tidak, kene terima saja. Yang penting, kita doakan saja mereka berdua ini gembira bahagia bersama hingga ke anak cucu dan akhir hayat. Amin.
Selamat Pengantin Baru..
Tahniah Lisa...
dan Goodbye. =)
P.A. : tahukah anda Lisa xboleh sebut huruf 'R'? Agaknya kalo dia panggil Abang Yusry jadi 'Abang Yusghie'.. ekekeke.. Jaga Lisa tu baik2 ye Abang Yusry.. hehe. =P





















